Saturday, January 31, 2009

ADA JUGAK YANG BERHATI MANUSIA


Dalam memperkatakan kekejaman Israel membantai dan membunuh warga Palestin di Gaza, terdapat pula segelintir rakyat Israel yang melihat ketidakwajaran yang sedang dilakukan oleh pemimpin negaranya. Yonatan Schapira, bekas kapten tentera udara Israel yang sedang berusaha melaksanakan kempen menghentikan penindasan terhadap rakyat Palestine.
Yonatan antara lain mengkritik tindakan gila kepimpin negaranya kerana membunuh insan yang tidak berdosa di Gaza. Sepatutnya Israel berasa malu dengan tindakan yang tidak bertamadun tersebut. Malah beliau menyeru seluruh penduduk dunia agar menyahut seruan ribuan demonstrasi jalanan di Tel Aviv, Jurusalem dan banyak lagi agar berusaha memberhentikan tindakan kejam tersebut.
Namun, jauh di sudut hatiku... sedikit sinis dengan kenyataan ini... Benarkah apa yang dinyatakan itu? Ataupun sekadar menutup perasaan marah dunia terhadap Israel... sekadar menyiram sedikit air ke atas api yang sedang marak?

KALAU YAHUDI TU YAHUDI GAK....


Kita pernah dengar sebelum ini bahawa, Israel tetap menyalahkan Hamas dalam peperangan selama 22 hari di Gaza. Inilah antara buktinya... Perez kata mereka tidak sentuh Gaza, mereka tidak serang Gaza.. Hamas lah yang melakukan!! Aku meluat sangat kat Simonkey Perez nih....
Apa yang paling aku geram, menurut Perez, banyak negara Arab yang menyokong Israel dalam kempennya menetang Hamaz di Gaza... Apalah nak jadi negara-negara umat Islam ni... sebab perbezaan fahaman politik, lupa langsung tentang isu kemanusiaan yang diperjudikan... Inilah yang Rasulullah S.A.W. sabdakan..... Umat Islam reamai tapi macam buih!!

BRAVO TURKISH PM!


Setelah meneliti pelbagai sumber, semuanya membuat ulasan yang sama... Satu tindakan berani PM Turki, Erdogan semasa persidangan ekonomi di Davos. Beliau yakin dengan apa yang telah beliau lakuakan dan seterusnya meninggalkan majlis forum tersebut setelah beliau disekat daripada bercakap tentang kezaliman Israel di Gaza.
Aku tabik spring kat PM Recep Tayyip Erdogan ni... aku rating tindakan beliau itu sedikit bawah dengan tindakan Muntadhar El-Zeidi yang membaling kasutnya terhadap George Bush! Semoga selepas ini lebih ramai pemimpin dunia lebih berani menzahirkan kemarahannya terhadap Israel!

MASIH PASAL MPV PROTON...


http://paultan.org/archives/2008/08/02/proton-mpv-exclusive-initial-details-revealed/
Haha... aku obses sangat pasal MPV Proton nih...Taklah aku tahu pasal apa... Tapi mungikin sebab terlalu lama sangat menunggu... Bukan nak beli... tapi teruja nak tengok! Tahu-tahu je lah trend rakyat Malaysia sekarang ni suka dengan kenderaan MPV... Bila Toyota Avanza keluar... ramai orang tangkap... NAZA Citra, Grand Livina... Sekarang dah akan ada lagi yang keluar... Aku dengar Toyota PASSO plak... Dan, Perodua pun nak keluar MPV... Bagi aku, kalau apa pun aku nak tengok sangat MPV keluaran Malaysia nih..tak kisah Proton ke... Perodua ke...
Sepapatutnya bila keluar kemudian ni... designnya lebih mengancam kerana boleh tengok platform mana yang digunakan berdasarkan model-model yang laris kat pasaran berserta anggaran harga yang bersesuaian dengan kemampuan daya beli rakyat Malaysia.

Wednesday, January 28, 2009

MPV PROTON?








Inilah rupa kenderaan pelbagai guna (MPV) keluaran terbaru Proton yang bakal dilancarkan pada April ini. Ia memaparkan reka bentuk menarik dan pasti mendapat sambutan baik daripada rakyat Malaysia kelak.
Model terbaru Proton ini yang gambarnya mula tersebar dalam Internet sejak seminggu lalu boleh memuatkan sekurang-kurangnya tujuh orang penumpang dan menggunakan enjin Campro 1.8 liter serta disasarkan pada harga sekitar RM80,000 sebuah. - Utusan
------------------
Teruja gak aku tengok gambar model MPV Proton yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia khususnya yang berkeluarga besar. Dengan spec yang 'dihuraikan' oleh paultan (http://paultan.org/topics/proton-mpv-2009/) ditambah dengan harga yang sebegitu, kira ok lah...
Dalam minda aku sekarang ni... dalam tempoh setahun dua ni nampaknya kereta 5 tempat duduk memang dah tak sesuai lagi... Dengan lima orang anak + ibu + ayah = 7 orang, memang bersiku-siku anak-anak aku kat belakang... Dan, Insya Allah dengan bertambah seorang lagi ahli keluarga yang baru dalam tempoh terdekat ini... Aku kena cari MPV atau van jer.... hehehe...
Aku nampak beberapa model, Toyota Avanza, Toyota Innova dan Nissan Grand Livina. Antara tiga model tu.. aku nampak Toyota Innova nampak lebih selesa, tapi harganya pulak mencecah 100k!
Dan, bila model Proton MPV ni dipaparkan dalam Utusan Malaysia hari ini, hatiku sangat teruja... Tapi, selagi tak tengok yang real, masih 50-50... Dan, aku tak terfikir untuk berkejar-kejar ke showroom Proton bila launching pada April nanti... Biasalah kereta Proton nih... orang kata jangan beli yang first batch... Banyak masalah katanya... Macam Gen-2. Entahlah mungkin ada benarnya... Kalau tak betul, tak kan orang kata.
Tapi, Alhamdulillah setakat ni aku berpuas hati dengan kereta Waja 1.6 (Manual) yang aku beli tahun 2003. Tak banyak masalah besar... Mungkinkah aku dalam kelompok pengguna kereta Proton yang bernasib baik? Setakat ni aku tak pernah guna kereta bukan Proton (patriotik lah konon) ... Alah, baru dua je pun.. Proton Saga Magma (1988) kereta pertamaku... Ialah, orang tak berapa beruang ni... tak payahlah nak tukar-tukar kereta selalu! Ni pun nak tukar ke MPV sebab bala tentera dah semakin ramai....
Hmmm... tengoklah nanti macam mana...
[Kemaskini] Mengikut maklumat yang aku dapat dari seorang kawan, semasa mpv ni dipandu uji... katanya kuat makan minyak! Haha... betul ke atau ada unsur sabotaj?... Lu pikirlah sendiri!

Tuesday, January 27, 2009

AH... PAMAN AKU!

Sedang aku melayari laman-laman alternatif bagi mencari berita-berita terkini di sebalik berita-berita arus perdana yang hanya menyiarkan apa yang tersurat, aku terkejut dengan paparan wajah ini! (http://alhusseyn51.blogspot.com/) Aku macam kenal sangat! Tapi nama yang tertera pada sebelah atas gambar, binnya lain... Bila habis saja gambar itu scroled up tertera nama Ahmad bin Wardi! Sahlah tu paman aku! Wah dah jadi Ketua Kampung Rapat Jaya! Tahniah dan syabas! Sebagai ponaannya, aku banggalah dengan paman aku ni...
Paman aku ni aku panggil Paman Rin, adik sebelah emak aku. Kalau ikut susunan, beliau anak yang keempat. Beliau pernah menjadi PPH Komando 69 sebelum berhenti dan join syarikat swasta. Masa aku duduk kat rumah arwah embah aku, beliau mula join PDRM. Training kat PULAPOL. Tak banyak lah kisah yang aku boleh cerita tentang paman aku ni... Tapi bila dia sesekali balik kampung, cerita-ceritanya tentang dunia kepolisan sangat mengujakan aku dan sepupuku (Ahmad Nor Komar aka Zin, kini mengajar di Ipoh gak). Pendek kata banyaklah soalan-soalan yang menyentuh tugasnya sebagai polis!
Semasa di Rapat Jaya, aku tahu beliau aktif dalam PAS. Ialah orang kerja swasta, tak macam orang kerja gomen! Bila sesekali jumpa banyak isu kami bincang terutama isu-isu politik semasa tanah air.
Satu yang aku respect kat paman aku ni, anak-anaknya masya Allah... berjaya-berjaya belaka! Sampai aku tak tahu ke mana-mana anak-anaknya tu belajar... Wal hal aku tengok paman aku dan bibik Ros bukannya lapang sangat masanya... Kerja office hour.. Tapi itulah kalau anak memang jenis berdisiplin dan dengar cakap emak bapak, memang menjadi...
Apa-apa pun aku nak ucapkan tahniah sekali lagi kat Paman Rin aku ni.... Semoga dapat menjalankan tugas dengan jayanya... Amin.

Sunday, January 25, 2009

BARRACK HUSSEIN OBAMA: TERSEPIT DI CELAHAN RUNTUHAN TAMADUN TINGGALAN BUSH

WASHINGTON - Akhirnya Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) baru - yang ke-44 dan yang pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam sambil berazam untuk menerokai hubungan baru dengan dunia Islam. "Kita telah memilih harapan di sebalik kebimbangan, perpaduan yang bertujuan di sebalik konflik," kata beliau dalam ucapan sulungnya sejurus selepas mencipta sejarah sebagai Presiden yang baru bagi AS. "Bermula hari ini kita perlu bangkit, membuang yang keruh dan kembali bekerja untuk membina semula Amerika," kata Presiden berusia 47 tahun, dari parti Demokrat, di hadapan rakyatnya yang masih bimbang dengan kesan kemelesetan ekonomi paling teruk sejak 1930-an.
Malah, ucapannya juga menyampaikan mesej yang jelas kepada dunia dan negara-negara Islam selepas diselubungi pelbagai persepsi negatif sejak 11 September 2001 di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush. "Amerika merupakan rakan kepada setiap negara dan setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang inginkan masa depan yang aman dan bermaruah, dan di mana kami bersedia untuk menerajuinya sekali lagi. "Kepada dunia Islam, kita harus menerokai perjalanan baru berdasarkan kepentingan bersama dan penghormatan bersama," kata beliau sambil menekankan, "ia tidak diberikan tetapi harus diperoleh."
Bagaimanapun Obama memberi amran bahawa Washington akan berhadapan dengan mana-mana pihak yang menggunakan "keganasan" dan memenggal mereka yang tidak berdosa tanpa sebarang kompromi. "Kepada dunia Islam, kami inginkan satu arah tuju yang baru," kata Obama lagi. Malah dalam ucapannya itu, Obama juga bertekad untuk menangani krisis ekonomi dan kesan peperangan di dua negara, yang secara langsung menjejaskan imej Washington di kaca mata dunia.
Obama yang dipilih sebagai Presiden AS pada 4 November lalu menyempurnakan upacara itu kira-kira 1.06 pagi (waktu Malaysia) di hadapan Ketua Hakim John Roberts. Obama merupakan Presiden AS yang kelima paling muda dan beliau menggantikan Bush. Sebelum giliran Obama angkat sumpah, bekas Senator Delaware Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden yang baru di hadapan Hakim John Paul Stevens. Terdahulu kedua-dua Obama dan Bush tiba di bangunan Capitol - lokasi angkat sumpah dari White House menggunakan kenderaan rasmi yang sama.
http://pahangdaily.blogspot.com/2009/01/semasa-global-presiden-barrack-hussein.html

-----------------------
Aku agak lewat menyatakan pendapat peribadiku terhadap presiden AS yang ke-44 ini. Ini kerana aku ingin melihat dalam tempoh yang terdekat ini, apakah perubahan segera yang mampu belia lakukan dalam menangani pelbagai masalah yang ditinggalkan oleh Bush. Sinar positif pertama yang aku nampak ialah menandatangani arahan eksekutif untuk menutup kem tahanan di Teluk Guantanamo. Beliau mengarahkan Israel agar membuka pintu ke Gaza bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan ke situ...
Namun aku rasa agak terlalu awal untuk memberi kredit yang berlebihan kepada Barrack Hussein Obama ini, kerana aku teringat kata Tukar Tiub, Obama dan Bush umpama Coca Cola dan Pepsi Cola... Nama sahaja yang lain, tetapi hakikatnya sama...

Friday, January 23, 2009

KESAN BOIKOT SUDAH TERASA?

Tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang telah mewarwarkan kempen boikot barangan tertentu yang dikaitkan dengan kekejaman ke atas penduduk Gaza.
Radio IKIM pagi ini menyebut bahawa Duta Amerika ke Malaysia menyatakan perdagangan dua hala Malaysia Amerika yang tinggi perlu dikekalkan.Ucapan sebegini diertikan sebagai feedback peringkat satu mengenai kesan yang mungkin sudah dirasai oleh pihak mereka kerana kempen boikot tersebut.
Boikot adalah strategi pyschology war yang boleh memberi kesan negatif kepada pihak musuh.Namun untuk memberi kesan positif kepada diri kita dan ekonomi kita, kita perlu cepat bertindak ke peringkat kedua.Ekonomi kita mesti cepat memberi alternatif kepada perkara yang diboikot. Inilah masa untuk kita membina self contained ekonomi atau self independent ekonomi. Iniliah kesempatan kepada kita untuk berjimat cermat kerana kebiasaan barangan berjenama yang diboikot tergolong dalam kategori mahal dan mewah, ia bukan jenis keperluan asas.
Inilah juga kesempatan bagi kumpulan kempen berhenti atau taknak ROKOK. Rata rata rokok adalah dikeluarkan syarikat yang disenaraikan boikot. Henti membeli rokok memberi kesan serampang 3 mata, berjimat, jaga kesihatan dan boikot.Boikot bukan semata mata barang berjenama. Inilah peluang untuk kita menggalakkan penggunaan dan pengeluaran barangan tempatan seperti sayur, beras, daging, buah-buahan, ikan, telur, ayam dan sebagainya. Inilah peluang untuk mengurangkan import barangan makanan yang dianggar bernilai RM11billion setahun.
Persatuan semua harus bekerjasama dan mengambil kesempatan ini menegakkan agenda mereka.PPIM ha rus kembali kepada perjuangan mereka. Persatuan peniaga dan pengilang, pengeluar tempatan harus menguatkan peranan mereka sekarang. Keluar lebih banyak alternatif barangan tempatan. Persatuan Kontraktor harus mencari pendekatan innovatif dengan mengeluarkan produk,bahan dan mesin pembinaan tempatan. Tingkatkan kempen cipta, keluar, guna dan beli barangan tempatan. Gemblengkan semua usaha. Inilah peluang!!!
------------------
Jika benarlah apa yang diramalkan dalam artikel di atas, syukur Alhamdulillah. Walau bagaimanapun aku harap lepas ini akan ada figures yang lebih berkredibel bagi menyokong kenyataan di atas. Sekurang-kurangnya ia menjadi signal penting kepada AS agar lebih adil dalam menangani masalah yang melinbatkan umat Islam di Palestine.

IMPORTANT MEDICAL ALERT

Dear Friends,
A few weeks ago, in a movie theatre, a person felt something poking from her seat. When she got up to see what it was, she found a needle sticking out of the seat with a note attached saying 'You have just been infected by HIV'.
The Disease Control Center (in Paris ) reports many similar events in many other cities recently. All tested needles were HI V Positive. The Center also reports that needles have been found in cash dispensers at public banking machines.
We ask everyone to use extreme caution when faced with this kind of situation. All public chairs/seats should be inspected with vigilance and caution before use. A careful visual inspection should be enough.
In addition, they ask that each of you pass this message along to all members of your family and your friends of the potential danger.
Recently, one doctor has narrated a somewhat similar instance that happened to one of his patients at the Priya Cinema in Delhi ...
A young girl, engaged and about to be married in a couple of months, was pricked while the movie was going on. The tag with the needle had the message 'Welcome to the World of HIV family'. Though the doctors told her family that it takes about 6 months before the virus grows strong enough to start damaging the system and a healthy victim could survive about 5-6 years, the girl died in 4 months, perhaps more because of the 'Shock thought'.
We all have to be careful at public places, rest God help! Just think about saving a life by forwarding this message. Please, take a few seconds of your time to pass along.
With Regards,
Arvind Khamitkar ,
I.A.S, Director of Medical & Research Div, Chennai.
Rather than forwarding irrelevant mails, kindly pass this to every one. Probably ur mail can help to save his/her life
---------------------------
Terima kasih kepada kc5mohan@gmail.com atas kiriman email yang penting kepada kita semua. Kes-kes yang dikemukakan dalam email di atas menjelaskan kepada kita betapa ada segelintir manusia di luar sana ingin melihat kita menderita lantaran mereka cemburu atas kebahagiaan yang sedang kita nikmati. Justeru kita terpaksa lebih berhati-hati terhadap persekitaran kita. Mungkin di sana sudah ada manusia yang busuk hatinya sedang mengkaji kehidupan kita sejak sekian lama sebelum melakukankan sesuatu tindakan yang diingininya. Sambil itu kita panjatkan selautan doa kepada Ilahi kerana itu adalah sebahagian perancangan mereka, tetapi jika tiada keizinan daripada Allah S.W.T. sudah pasti ia tidak dapat direncanakan juga....

TESCO JUGA SYARIKAT YAHUDI ....

Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News(www.ljn.co.uk<http://www.ljn.co.uk/>) diedarkan secara percuma di kesemua cawangan Tesco di seluruh England .Ini ialah akhbar Yahudi yang memberikan sokongansecara terbuka untuk regim ganas Zionis di Israel. Pengasasnya ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambli daripada nama isterinya Tessa Cohen. Disamping mempromosi produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telahmembuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Israel yang berjumlah jutaan dollar.
Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Yahudi Willesden, London , England .Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat"search" di internet dengan menaip "Tesco Jewish" dan anda akan dapat pelbagai laman web Yahudi yang dikaitkan dengan Tesco.
Keputusan di tangan anda sekiranya anda mahu menyokong Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli belah di Tesco. Seterusnya mereka akan terus membunuh kanak2 kecil Palestin, sebaya anak anda dan wanita sebaya ibu dan kakak anda
-----------------
Terima kasih kepada fauzihakimsardi@yahoo.com kerana memanjangkan sepucuk email tentang TESCO, sebuah rangkaian hypermaket terkenal di Malaysia rupa-rupanya adalah syarikat Yahudia juga... Memang barangan di TESCO secara relatifnya agak murah berbanding dengan hypermarket-hypermarket yang lain... Sebelum ini ramai yang sudah tahu bahawa Carrefour juga telah disenaraikan dalam list syarikat yang dimiliki atau berkepentingan Yahudi Israel... Terserahlah kepada anda untuk membeli belah di TESCO atau Carrefour atau tidak. Ini hanya makluman yang perlu kita ketahui...

Thursday, January 22, 2009

SENI ITU INDAH....










Walaupun aku tidak begitu memahami aspek artistik dalam sesuatu karya seni visual, tapi aku kagum dengan idea pelukis yang melukiskan karya-karya di atas. Secara peribadi, aku kagum dengan idea menggabungkan antara 'alam' sebenar dengan 'alam' fantasi pelukis. Bagi aku, kita harus ada sifat yang mampu membuat apreseasi terhadap nilai-nilai seni seperti seni visual dan sastera. Malah ia dilihat sebagai pelengkap terhadap ilmu-ilmu yang sedia ada. Malah ia boleh membina dan menyuburkan aspek metal kita.
Justeru, jika kita menemui sesuatu yang cantik, tidaklah pula cuba untuk merosakkannya malah membiarkan ia terus kekal dalam keadaan semulajadi bagi dinikmati kecantikannya oleh seramai manusia. Sebagai contoh bunga. Jika kita tidak mempunyai nilai seni yang tinggi, kita akan memetik bunga tersebut dan disimpan dalam bilik atau rumah kita. Sedangkan jika kita biarkan ia kekal dalam alam semulajadi, ia bukan sahaj akan terus hidup malah, akan dapat dinikmati oleh seramai mungkin manusia lain.
Begitulah seni dan kahidupan kita....

Wednesday, January 21, 2009

SELAMATKAH KITA?














Peristiwa pembunuhan seorang juruwang sambilan di sebuah stesyen minyak pada bulan November 2008 sangat mengejutkan kita semua. Aku menerima beberapa keping foto daripada email yang dikirimkan kepada aku. Persoalannya kini, selamatkah kita? Hampir saban hari kita mendegar dan melihat mayat ditemui di sana-sini. Semoga kita semua lebih berhati-hati ketika berada ditempat-tempat di mana disyaki di situ ada wang. Sebagai contoh di bank dan cashier-cashier terbuka. Kalau sekali fikir rasa takutlah pulak nak pergi ke tempat-tempat macam tu. Ialah bak kata pepatah "malang tak berbau"...

Monday, January 19, 2009

TAHNIAH YB MOHD ABDUL WAHID...

KUALA TERENGGANU, 21 Jan: Para Pemimpin Pakatan Rakyat, jentera pilihan raya kecil Kuala Terengganu,calon serta keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini sehingga memenangkan calon mereka, Mohd Abdul Wahid Endut.
Terima kasih terutamanya diucapkan kepada pengundi,petugas, pegawai keselamatan, petugas SPR, media yang membuat liputan dan lain-lain pihak yang telah membolehkan calon PAS itu terpilih sebagai anggota Parlimen P036 Kuala Terengganu.
"Ucapan terima kasih itu disiarkan dalam akhbar Sinar Harian semalam dan bakal diikuti oleh beberapa akhbar lain selepas ini," kata Muhyidin Abdul Rashid Ketua Penerangan PAS Terengganu kepada Siasah.

http://siasahdaily.blogspot.com/2009/01/kuala-terengganu-pas-ucap-terima-kasih_14.html

-------------
Tahniah dan selamat maju jaya YB... Beban dan tanggungjawab semakin berat nampaknya. Semoga terus gagah berkhidmat untuk rakyat di Kuala Terengganu.

Sunday, January 18, 2009

Dr.Mahathir gesa kerajaan berhenti beli senjata Amerika

18/01/2009 7:04pm
KUALA LUMPUR 18 Jan. — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa kerajaan berhenti membeli senjata dari Amerika Syarikat (AS), penyokong dan pelindung Israel.
Bekas perdana menteri itu berkata, rakyat perlu mendesak kerajaan berbuat demikian manakala badan bukan kerajaan (NGO) juga patut memainkan peranan mereka dengan meminta rakan mereka di negara lain turut berbuat demikian.
Beliau berkata keputusan itu, yang beliau sifatkan sebagai “soal kecil kepada AS”, tidak akan menjejaskan kuasa dunia itu dengan cepat tetapi untuk jangka panjang ia akan merasakan kesannya.
“Saya fikir pembelian yang besar secara terus dari AS ialah daripada pihak kerajaan sendiri. Kerajaan sekarang ini saya fikir mempunyai rancangan membeli pesawat yang baru.
“Kalau mereka beli dari AS secara langsung, mereka bekalkan wang kepada Amerika untuk mengeluarkan senjata untuk dibekalkan kepada Israel supaya bunuh orang Palestin. Sebab itu secara langsung kita tidak boleh beli apa yang kita tahu akan menguntungkan Amerika,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan NGO Malaysia di sini. - Bernama
--------------------------------
Aku setuju sangat dengan pandangan mantan Perdana Menteri keempat negara kita ni... Kita harus menamatkan apa juga bentuk pembelian dengan negara Uncle Sam nih... Walaupun nilai pembelian kita tidak lah sebesar negara-negara besar yang lain, tetapi yang penting ialah simbol protes ke atas sokongan dan dokongannya terhadap Israel yang seantero dunia tahu bahawa rejim zionist israel adalah penjenayah perang antarabangsa! Saban hari 'menyembelih' rakyat Palestin di Tebing Gaza. Sambil mengharap dan berdoa agar ada lagi negara-negara lain yang turut serta memboikot pembelian senjata dengan AS.
Begitu juga dengan kempen pemboikotan pembelian barangan keluaran negara AS yang ada hubungan dengan israel. Walaupun ada yang pesimis dengan tindakan ini, sesungguhnya inilah antara bentuk penentangan yang kita mampu lakukan atas nama kemanusiaan serta saudara seagama... Bak kata ungkapan bistari yang popular, "Bila tidak dapat buat semua, janganlah pula tinggal semua". Semoga tindakan kita itu menjadi saksi kepada Allah S.W.T. bahawa kita tidak redha dengan apa yang terjadi terhadap saudara seagama kita. Wallahu 'alam...

PASCA PRK KUALA TERENGGANU: BN BELUM MAMPU BANGUN...

Selepas kehilangan banyak kerusi dalam Pilihanraya Umum Mac, 2008, serta kehilangan majoriti 2/3 yang menjadi simbol legasi BN dalam Dewan Rakyat, dua pilihanraya kecil yang berlangsung di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu juga tidak berupaya mengubati luka malah ia dilihat menambahkan lagi parah kepada parti BN umumnya dan UMNO khususnya.
Sebagai pemerhati politik amatur macam aku ni, aku tidak pandai membuat ramalan parti mana yang akan menjuarai hati rakyat Kuala Terengganu sehinggalah keputusan rasmi diumumkan sekitar 9.30 malam tadi. walau bagaimanapun bermula jam 7.00 petang aku dah memantau beberapa laman yang memberi keputusan berperingkat-peringat. Umapamanya Malaysiakini.com serta Raden Jowo. Agak mendebarkan, apabila berlaku potong-memotong bilangan undi yang diperolehi antara dua parti dominan orang Melayu itu. Kira-kira pukul 8.30 malam, aku terpaksa ke BAMC (hehe.. bukan adik-beradik Bandar Mahkota Cheras!, tapi Bakti Aminin Medical Center, sebuah pusat perubatan swasta yang terbesar di Tg.Malim) untuk membawa isteriku membuat pemeriksaan antenatalnya.
Semasa di BAMC, aku rasa lagi gementar kerana tak dapat sebarang informasi tentang PRKKT tu... cuba hantar sms kat sorang kawan, rupa-rupanya di masih kat masjid...Jadi aku kena tunggu sampai rumahlah nampaknya!
Sesampai di rumah aku terus buka channel Awani! Baru aku tahu YB mohd Abdul Wahid Endut (PAS) telah menang! Takbirrrr!! Itulah yang terlompat dari mulutku. Aku terus memantau saluran televisyen itu untuk melihat apa yang sedang dibualkan oleh beberapa orang ahli panel. Suatu bicara politik yang bagus, satu ulasan yang komprehensif! Aku terus duduk sehinggalah siaran itu tamat. Baru makan malam!
Satu persoalan timbul dalam benakku, adakah ulasan dan komentar seperti itu hanya relevan dalam konteks pasca pilihanraya sahaja? Agak-agaknya kalau dibuat sebelum pilihanraya, boleh mendatangkan elemen yang positif tak kepada parti-parti yang bertanding? Hal ini kerana, BN setelah PRU12, PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu seolah-olah tidak melihat apa yang telah dibincang dalam ruang diskusi pasca ketiga-tiga pilihanraya tersebut. Justeru, apabila itu status quonya, maka pihak yang satu lagi iaitu PAS telah mendapat advantagenya. PAS seperti yang umum tahu sebuah parti yang diasaskan kepada Islam sebagai ad-Deen. Politik dalam PAs adalah sebahagian jalan bagi menyempurnakan Islam diletakkan di tempat yang sepatutnya. Oleh sebab di Malaysia dan hampir seluruh negara di muka bumi ini menggunakan landasan demokrasi maka PAS menyertai pilihanraya.
Apa yang sebenarnya aku nak utarakan di sini ialah, jika forum seperti yang diadakan di Saluran Awani itu dibuat sebelum mana-mana pilihanraya, maka parti-parti yang bertanding perlu meneliti apakah isu penting yang relevan dengan penduduk di situ. Jadi, setiap ceramah atau lawatan sosial kepada para pengundi akan menyentuh persoalan-persoalan tersebut. Dan apa yang lebih penting lagi ialah, isu-isu sensitif yang perlu dihindari. Ialah bak kata pepatah "lain padang lain belalang" kan... Justeru, pandangan penganalisis politik di menara gading boleh dijadikan sebagai peringatan dan sempadan kepada ahli politik semasa berkempen.
Walau apapun aku nak ucapkan tahniah kepada YB Mohd Abdul Wahid atas kejayaannya menajdi Ahli Parlimen Kuala Terengganu. BN nampaknya perlu mengkaji pola keputusan pengundian di Kuala Terengganu serta di Permatang Pauh jika ingin bangkit daripada kekalahan dalam pilihanraya kecil yang akan datang...

Saturday, January 17, 2009

ISU KEPALA BABI: MELAMPAU!

Saya terpanggil untuk membuat komentar tentang isu kepala babi di sana-sini. Setelah kepala babi disangkutkan di luar pagar di sebuah surau di Melaka, kini kepala babi itu sudah masuk ke dalam surau di Universiti Malaya (tempat aku belajar suatu masa dulu). Saya fikir perkara ni sudah keterlaluan! Tidak waras dan terlalu emosional manusia yang meletakkan kepala babi itu ke dalam sebuah tempat ibadah umat Islam. Jika kepala lembu umpamanya pun sudah dianggap menghina apatah lagi binatang yang dikategorikan najis mughallazah! (Najis berat).
Dalam konteks bernegara seperti di Malaysia dua perkara yang perlu diambil kira kerana darjah kesensitifannya yang sangat tinggi. Pertama kaum dan kedua agama. Sesiapa sahaja yang cuba memainkan isu tersebut bersedialah untuk menerima kesannya sangat buruk. Tetapi dengan satu syarat, jangan baling batu sembunyi tangan! Berterus terang sahaja! Tunggulah kesannya dalam beberapa ketika.
Cuba kita bayangkan, bagaimana pula seandainya individu tertentu (yang tidak yakin dengan siasatan pihak polis) membuat tindakan membabi buta dengan meletakkan kepala atau apa sahaja bahagian haiwan yang dianggap najis atau tidak baik oleh penganut agama lain ke tempat ibadah kaum tersebut? Oleh sebab tidak diketahui dengan jelas siapa yang meletakkan kepala babi itu, maka orang Melayu akan meletakkan pula di mana-mana rumah ibdah penganut agama-agama lain! Apa pula akan terjadi? Dan, bagaimana pula seandainya yang meletakkan kepala babi itu adalah dalam kalangan orang Melayu sendiri?
Sedarlah! Jika hendak berpolitik, berpolitiklah dengan waras dan rasional. Hujah lawan hujah! Fakta lawan fakta! Retorik lawan retorik! Jangan seperti kanak-kanak. Apabila tidak boleh melawan, cari perkara lain yang boleh menimbulkan kemarahan seterunya. Umpamanya, ejek nama bapak! Hina keluarga! War-warkan tabiat buruk musuhnya! Itukah lambang kematangan politik di Malaysia, atau di kampus!
Pada hemat saya hanya manusia yang dayus sahaja akan menggunakan taktik kotor dan jijik ala Yahudi! Kenapa tidak! Ini lah golongan yang keras hati seperti yahudi, tidak mengira perasaan orang lain. Bertindak mengikut kepala sendiri!
Sehubungan dengan itu, pihak polis wajib meneruskan siasatan dengan teliti serta pihak universiti sendiri perlu membentuk badan siasatannya sendiri agar petualang keamanan negara itu dapat diberkas. Seterusnya perkara yang memanaskan hati ini tidak akan berulang selama-lamanya!

As-Syahid Syaikh Said Shiam, 50 tahun berjuang melindungi rakyat Palestin.

Jumaat ,16/01/2009 - Menteri Dalam negeri Palestin, pimpinan Ismael Haneya, Syaikh Said Shiam syahid bersama anak dan enam saudaranya digempur F16 Israel petang semalam (15/1). Ketika itu, beliau sedang berada di rumah saudaranya di Yarmuk Gaza City. Paling kurang tiga sanak saudara dan 30 yang lain meninggal dalam peristiwa tersebut.
Setengah Abad Berjuang dan Berkorban
50 tahun beliau berjuang dalam ketaatan pada Allah. Hidupnya dipenuhi pengabdian dan pengorbanan, berjihad dan berjuang serta membela nasib rakyat Palestin.
Syaikh Shiam lahir pada 22/7/1959 di kem tentera Shati Gaza, bahagian barat kota Gaza. Silsilah keluarganya berasal dari marga Jaurah dekat Eskelon, wilayah Palestin jajahan 48. Beliau merupakan lulusan diploma matematik dari Darul Mualimin Ramallah pada tahun 1980. Kemudian melanjutkan pelajarann di peringkat ijazah dalam bidang pendidikan Islam dari Universiti Al-Quds(tahun 2000).
Seorang Guru yang Soleh
As-Syahid pernah bekerja sebagai pengajar di beberapa sekolah dan badan bantuan sosial antarabangsa di Gaza dari tahun 1980 hingga tahun 2003. Kemudian beliau keluar dari badan tersebut kerana desakan akibat keterlibatanya dengan gerakan Hamas. Lalu beliau menjadi imam dan khatib sukarela di masjid Yarmuk Kota Gaza. BeliaU juga berperanan menjadi penasihat dan khatib di beberapa masjid di Semenanjung Gaza.
Syaikh Shiam bergabung dengan Jawatankuasa Rekonsiliasi yang dibentuk Syaikh As-Syahid Ahmad Yasin untuk menyelesaikan pertentangan antara pelbagai kumpulan pejuang Palestin sejak intifadhah pertama yang dikenal dengan “Intifadhah Masjid”. Beliau berkahwin pada tahun itu dan mempunyai enam orang putera.
Jawatan yang Pernah Disandang As-Syahid
Sepanjang hidupnya Asy-Syahid memegang banyak jawatan penting. Di antaranya sebagai ketua Jawatankuasa Guru di Gaza. Ahli Persatuan Pegawai Arab di perwakilan pertubuhan sosial antarabangsa. Pegawai pengurus hubungan luar negeri dalam Gerakan Pejuang Hamas, anggota pimpinan politik Hamas di Gaza. Beliau juga menyandang jawatan anggota Dewan Sekretariat Jenderal Universiti Isam di Gaza, Anggota Dewan Pendiri Center Research Future. Pada tahun 1980 As-Syahid memegang jawatan anggota Persatuan Mahasiswa, Darul Maualimin di Ramallah. Pada tahun 2006 beliau menjawat jawatan sebagai menteri dalam negeri dan urusan sivil.
sumber : COMESpenterjemah : osman
http://palestinkini.info/?p=3051#more-3051

Friday, January 16, 2009

BRAVO MR. EVO MORALES...

Mindaku terlalu payah untuk dianjakkan daripada memperkatakan isu Gaza dan Palestine. Dengan jumlah melepasi 1000 angka korban dan sekitar 5,000 orang cedera di Gaza serta belasan ribu yang terpaksa menjadi pelarian, Israel sungguh tidak berperi kemanusiaan. Senang kata Israel berhati binatang!
Untuk menunggu tindakan negara-negara lain termasuk badan induk antarabangsa PBB berbuat sesuatu, persis menunggu buah yang tak jatuh. Kalau pun berbuat sesuatu, kita dah agak setakat mana pun! Cuma jauh di sudut hati, berharap dan berdoa agar Hamas masih belum menyerah kalah dan sedang mengumpul kekuatan baru (?) untuk menyerang balik tentera zionist Israel laknatullah itu!
Tiba-tiba sebuah negara Amerika Latin, Bolivia tanpil dengan kenyataan yang menggemparkan dunia dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel yang terjalin sejak 50 tahun! Apa yang dikata? Jika negara Bolivia, bukan negara umat Islam boleh membuat tindakan sedrastik itu apa yang boleh dilakukan oleh Mesir! Negara jiran yang bersebelahan dengan Gaza. Belum ada bukti yang kuat bahawa presiden Hosni Mobarak bebrbuat sesuatu yang boleh memuaskan kita semua. Malahan, dalam kebanyakan hal dilihat 'merestui' pula penggempuran Israel terhadap Gaza. Apa yang sepatutnya menajdi tamparan kepada pemimpin-pemimpin Arab yang nyenyak tidur itu ialah, pemimpin utama negara Bolivia itu melahirkan rasa hairan mengapa masih ada dalam kalangan negara-negara Arab yang masih mempunyai hubungan baik dengan Israel!
Inilah sejarah malang dan hitam yang sedang dilakar di atas peta sejarah dunia pada tahun 2009 ini! walau apa pun... Bravo Mr Evo Morales (gambar)! Andalah juara kemanusiaan sebenarnya... Berita terkini, tindakan Bolivia itu turut disertai pula oleh Venezuela, sebuah nagara Amerika Latin juga!!!

Thursday, January 15, 2009

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)

Listen to this song which dedicated to people of Gaza WE WILL
NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart) Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight

People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
http://palestinkini.info/?p=3020

DRAMA MERTUA VS MENANTU: NILAI APA YANG HENDAK DIPAPARKAN?

Untuk makluman, aku bukanlah seorang pengulas filem atau drama profesional. Juga bukanlah seorang kaki drama televisyen yang tegar sehingga sanggup duduk mengadap peti televisyen semata-mata untuk menonton program drama kegemaran...
Sebaliknya, aku hanyalah penggemar drama biasa. Aku hanya menonton drama televisyen jika ada masa lapang atau sambil membuat kerja-kerja rutin seharianku.
Aku sempat beberapa kali terserempak dengan drama bersiri Mertua vs Menantu. Itu pun tidak pernah melihat sehingga habis. Aku menjadi tawar hati untuk menghabiskan drama tersebut kerana aku tidak tahu ke arah mana drama tersebut ingin membawa khalayak penonton. Konflik yang tidak pernah selesai antara menantu dan mertua dan sebaliknya menimbulkan satu persoalan dalam benakku, adakah golongan muda yang belum berumah tangga harus mencontohi konflik tersebut tatkala mereka mendirikan rumah tangga kelak?
Sebelum aku menulis dalam posting ini, aku sempat juga meninjau pandangan dan komen para penonton tentang drama tersebut. Rata-rata memberi pujian dan ada laman yang meletakkan drama tersebut dalam rating yang tinggi. Namun, rata-rata memuji lakonan Erra Fazira. Itu kerana mereka sememangnya meminati lakonan Era Fazira. Bagiku, kualiti lakonan satu bab. Itu aku tidak nafikan, sememangnya kesemua pelakon telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik.
Cuma, satu bab lagi ialah mesej yang hendak disampaikan kepada khalayak penonton. Aku rasa drama tersebut terlalu 'lama' mengutarakan aspek konflik antara mertua dan menantu. Aku rasa bimbang kepada golongan muda yang menjadi khalayak penonton tersebut akan terpengaruh dengan adegan-adegan keterlaluan yang dipaparkan dalam drama tersebut.
Sepatutnya, seorang ibu mertua mesti ditaati oleh anak menantu kerana seorang ibu mertua seperti ibu kandungnya. Begitu pula seorang ibu mertua semestinya menyayangi anak menantunya seperti anak kandungnya sendiri. Justeru, hubungan yang harmoni akan terjalin dan rumah tangga anaknya aman bahagia.
Mungkin ada yang berpendapat itu adalah realiti sebahagian kehidupan. Persoalannya, kenapa perlu kita mengutarakan cebisan kisah yang negatif itu untuk dibesar-besarkan. Jika perlu sekalipun, carilah aspek-aspek kehidupan yang lain. Bukan soal hubungan antara ibu mertua dan anak menantu. Jangan dihebah-hebahkan soal kebiadapan anak menantu dan kebobrokan akhlak emak mertuanya! Cukuplah filem "Ibu Mertuaku" lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Sarimah yang menyayat hati itu sebagai teladan dan sempadan betapa buruknya sikap seorang ibu mertua terhadap anak menantunya... Cukuplah!

Wednesday, January 14, 2009

Segala Transaksi Yang Untungkan Israel Adalah Haram

Rahbar atau Pemimpin Besar Revolusi Islam Iran Ayatullah al-Udzma Sayyid Ali Khamenei dalam jawaban beliau atas permintaan fatwa (istifta) soal import produk-produk Rezim Zionis Israel dan pengiklanannya menjawab, "Wajib meninggalkan segala bentuk transaksi yang menguntungkan rezim penjajah Israel". Beliau menjelaskan, "import dan iklan produk-produk Rezim Zionis Israel tidak diperbolehkan kepada setiap muslim karena bahayanya kepada Islam dan umat Islam".
Sayyid Ali Khamenei juga menegaskan agar umat Islam tidak mengimpor produk-produk yang produksi dan penjualannya menguntungkan Zionis Israel dan menambahkan, "Setiap muslim wajib tidak membeli dan memanfaatkan produk-produk yang manfaatnya kembali pada Zionis Israel".Begitu juga mengenai travel-travel di negara-negara Islam yang punya program pelancongan ke Rezim Zionis Israel, Rahbar mengharamkannya karena bahayanya terhadap Islam dan umat Islam. Sayyid Ali Khamenei mengharamkan setiap muslim yang melakukan perbuatan melanggar boikot umat Islam terhadap Zionis Israel.Pemimpin Besar Revolusi Islam Iran mengharamkan pembelian produk-produk dari perusahaan-perusahaan Yahudi, Amerika atau Kanada bila itu menyebabkan semakin kuatnya Zionis Israel atau akan dimanfaatkan untuk memusuhi Islam dan umat Islam.Sekaitan dengan jual beli produk-produk Amerika dan seluruh negara-negara Barat Ayatullah Sayyid Ali Khamenei menjelaskan, "Bila pembelian produk-produk impor dari negara-negara bukan Islam dan memanfaatkannya berakibat pada semakin kuatnya negara-negara kolonialisme, para musuh Islam dan atau memperkuat kekuatan finansial mereka untuk menyerang daerah-daerah Islam atau muslimin di seluruh dunia, wajib hukumnya bagi umat Islam untuk tidak membeli dan memanfaatkannya. Hukum ini tidak khusus bagi rakyat Iran yang muslim". (Sumber: IRIB)

Tuesday, January 13, 2009

OH PALESTIN...

Pepatah ada menyebut, sekeping gambar boleh menjelaskan lebih seribu perkataan. Lebih kurang begitulah. Inikan pula lima keping gambar yang sangat menyayat hati ini. Kisah seorang anak yang sempat menghadap ibunya yang sakaratul maut akibat cedera parah angkara bedilan senjata askar zionist Israel. Akhirnya si ibu itu menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan si anak itu...
Itu hanya secebis kisah yang sempat diabadikan melalui lensa kamera seorang jurugambar. Selain daripada itu, ribuan lagi episod tragis seperti itu yang sempat dan tidak disempat diabadikan dalam apa juga dokumen yang ada bagi menjelaskan kepada seluruh dunia betapa rakusnya tentera zionis itu!
Bagi si anak itu, apa lagi nilai hidup yang tersisa? Untuk mengecap erti kebahagian pada bilah-bilah hari yang mendatang seakan sirna... Justeru kita percaya bahawa selepas itu ia akan menyerahkan bulat-bulat hidupnya untuk menuntut bela bagi setiap titis darah ibunya yang gugur menyimbah bumi Gaza itu... Mungkin itulah satu-satu tekadnya... Syahid!
Kita, bagaimana? Sekadar berbahas di parlimen menyatakan usul demi usul mengkritik kekejaman Israel tanpa ada resolusi tuntas? Pada hemat saya, memboikot segala produk Yahudi perlu dilaksanakan secara komprehensif! Jika seluruh dunia Islam dan bukan Islam (yang membenci kezaliman Israel) bersatu dalam usaha ini, lambat laun kesannya akan mereka rasai.
Sesungguhnya, jika kita hanya kurang makan kerana kesukaran memilih makanan, atau kita kurang selesa hidup lantaran sukarnya mencari keperluan yang tidak dihasilkan oleh Yahudi... ternyata masih jauh lebih senang berbanding dengan kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Palestin yang tidak punya apa-apa untuk terus bernyawa! Shukran...

Sunday, January 11, 2009

BILA TAK BOLEH BUAT SEMUA JANGAN TINGGAL SEMUA - PENARIK BECA

Dalam posting bertajuk "Kenapa Najib tak nak sekolah," Jed Yoong 熊玉鳳 جيد يووڠ menegur saya seperti berikut:
Pak Bakaq, I see you have put up the boycott
made-in-us logo.Sila boycott juga Blogger, Google, dll....YouTube pun US kot....
Betul gak. Saya pun tak perasan. Terlepas pandang.
Rasa-rasa beginilah. Ketika mengikuti usrah Abim pertengahan tahun tujuh puluhan (keluar Abim 29 Mac 1982, hari Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk Umno. Dengan Anwar, dengan Abim aku meluat), naqib saya ketika itu, Ustaz Yusof Din memberitahu, "Halim, kalau hang tak boleh buat semua, jangan tinggal semua".
Makna kata, kalau tak boleh buat sepuluh kebaikan, jangan tinggal semua kebaikan. Dapat buat satu pun jadilah. Jangan sampai tak buat baik langsung.
Begitu juga benci rasanya. Kalau tak dapat benci semua, janganlah sampai tak benci langsung. Boikot pun sama jugalah. Kalau tak boleh boikot semua jangan tak boikot langsung.
Kita kena buat baik, walaupun tak larat buat semua kebaikan. Walaupun saya jahat, saya mesti belajar buat baik. Tak kisahlah walaupun saya masih lagi di kelas tadika dalam soal buat baik, tak naik-naik darjah, walaupun dah tua bangka.
Saya bagi contoh, kalau kita tak boleh laksanakan hukum hudud, buat dan luluskan undang-undang hudud, seperti di Kelantan dan Terengganu (1999-2004). Kalau di negeri-negeri yang kita tak ada majoriti dua pertiga untuk buat dan luluskan undang-undang hudud seperti di Kedah, Perak dan Selangor, jeritlah, keriaulah, pekiklah dan melalaklah hari-hari tentang niat kita untuk laksanakan undang-undang Islam.
Orang tua-tua kata, cakap-cakap kita menjadi doa. Mana tahu, satu hari nanti mungkin makbul.
Macam nak pergi hajilah. Tak dak duit macam aku pun tak pa. Yang penting hari-hari niat nak pi haji. Mana tahu, berkat niat, usaha dan ikhtiar, satu hari nanti dapat pi haji.
Yang jadi masalahnya ialah kalau niat pun tak ada. Yang jadi masalah lebih besar ialah hantu syaitan yang mengaku Islam dan kata "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan". Yang tak mengaku Islam tu aku tak kisah sangat. Terkejut babun pulak la kalau dia kata dia nak undang-undang Islam.
Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca

SENARAI LENGKAP (?) PRODUK YAHUDI YANG PERLU DIBOIKOT...






BEAUTIFUL MESSEGE TO THINK..

Little girl and her father were crossing a bridge.The father was kind of scared so he asked his little daughter, 'Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river.' The little girl said, 'No, Dad. You hold my hand.' 'What's the difference?' Asked the puzzled father.'There's a big difference,' replied the little girl. 'If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go.' In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond. So hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to hold yours...

LIFE IS A GIFT...

Here is another email I received from my friend. Heave a read and deep thinking about it... and please circulate to another..
Today before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.
Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.
Before you complain about your husband or wife - Think of someone who's crying out to GOD for a companion.
Today before you complain about life - Think of someone who died too early on this earth.
Before you complain about your children - Think of someone who desires children but they're barren.
Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep - Think of the people who are living in the streets.
Before whining about the distance you drive Think of someone who walks the same distance with their feet.
And when you are tired and complain about your job - Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.
But before you think of pointing the finger or condemning another - Remember that not one of us is without sin.
And when depressing thoughts seem to get you down -
Put a smile on your face and think: you're alive and still around.

Saturday, January 10, 2009

BERSAMA MEMBOIKOT PRODUK YAHUDI!

Tidak dinafikan kekejaman tentera zionist Israil yang membedil Gaza saban hari dan membunuh lebih 700 orang syuhada' palestin setakat ini, sememangnya tindakan yang sangat kejam. Malah tahap kekejamannya itu berada pada makam yang maha dahsyat!
Kekadang kita rasa sangat hairan, negara yang wujudnya secara tipu daya itu mampu bertahan sehingga kini serta mampu pula menindas rakyat yang bangun berjuang menuntut balik tanah atau bumi yang dirampas oleh zionist Israel itu! Lebih hairan lagi negara-negara Arab yang mengelilingi Israel itu pula ada yang seakan memberi ruang kepada Israel agar terus berbuat apa sahaja ke atas rakyat Palestine. Sungguhhhhhhh menghairankan!
Tapi, semua tersangat tahu... mengapa Israel sebesar itu kepalanya! Amerika Syarikat yang dikatakan juara demokrasi itu! Polis dunia kononnya itu! Anti penindasan itu! Anti terorisme itu! Apabila dalam kes Israel dan Palestine, tetap membutakan matanya dan tetap mengatakan rakyat Palestine lah yang bersalah kerana memulakan sengketa terlebih dahulu!
Wahai saudara dan saudari! Kita tidak mampu berjihad ke bumi Palestine, namun kita ada jihad yang insya Allah jika ada iltizam yang tinggi pasti kita boleh melakukannya! Boikotlah segala produk keluaran Yahudi... Tindakan ini bukan tindakan hanya rakyat di Malaysia sahaja, malah tindakan seluruh umat manusia yang benci akan kezaliman Yahudi Israel laknatullah itu. Kesanya Insya allah akan ketara kerana dalam kes karikatur Denmark yang menghina nabi Muhammad S.A.W. suatu baru-baru ini juga ada kesannya. Bawalah senarai barangan-barangan Yahudi ini apabila kita hendak membeli belah agar kita tidak terbeli produk Yahudi dan wang yang kita bayar itu digunakan pula untuk membunuh rakyat Palestine. Atau, kita menyumbang wang bagi membunuh ayah anak-anak yang belum sedetik jua menikmati erti ketenangan dan keharmonian hidup....

KESEMPATAN YANG SEKELUMIT...

Sejak tahun masihi 2009 menjelang dan sejak sesi persekolahan baru bermula terasa benar hambatan masa membelengguku... Senario itu ditambah lagi dengan kekalutan di sekolah dengan pelaksanaan p&pnya... Justeru, masa senggangku juga untuk mencatat sesuatu dalam blogg ini juga kian terbatas.
Cuma, lewat malam ini aku ruangkan waktu untuk mencatat sesuatu untuk kita fikirkan bersama... Kalau-kalau ada baiknya. Lewat petang tapi aku dihkhabarkan lagi dengan berita yang mengejutkan... Seorang jiranku.. sebaya aku.. telah kembali ke rahmatullah... Sakitnya asma... Alhamdulillah kira-kira jam 6.30 petang tadi aku sempat menziarahi Allahyarham di Klinik Kemsyarakatan Tanjong Malim...
Aku jadi insaf... betapa usia sebaya aku ini kini adalah usia yang sangat 'rapuh'. Beberapa berita kematian sejak akhir-akhir ini dalam lingkungan usia 40-an inilah. Kita ini... kalaupun dilihat sangat hebat, anggun, berpengaruh, popular, dihormati dan disayangi, hanya sementara nyawa dikandung badan. Setelah nyawa meninggalkan kita, tinggallah sekujur badan yang kaku sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi... menunggu dimandikan, dikapankan, disembahyangkan, ditalkinkan dan dikebumikan! Tinggallah segala-galanya melainkan amal ibadah serta amal-amal jariah, ilmu-ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan doa-doa anak-anak yang soleh...
Aku menjadi betul-betul insaf... jika aku yang berada di tempat itu! Amalku? Oh... sangat merisaukan... Tapi, waktu itu sudah tidak ada lagi gunanya sesalan... Kita tidak tahu bila tibanya giliran kita itu... Esok, lusa, tulat dan seterusnya... Betullah kata Herman Tino dalam lagunya... "Mati adalah pasti.. hidup, Insya Allah"...
Semoga Allah S.W.T. menempatkan Allahyarham Nik Ahmad Iskandar di sisi insan yang beriman dan bertaqwa... Amin.. (Foto: Hanya hiasan)

Thursday, January 1, 2009

KISAH EMPAT ISTERI...

Ini juga adalah kiriman email yang aku terima daripada seorang rakanku. Bacalah nescaya ada pengajaran di sebaliknya...
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang ka u-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, “Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.”
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kaumendampingiku dan menemaniku?” Isteri keempatnya terdiam.
”Tentu ! saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”. Isteri ketiganya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati”. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, “Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? ” Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.”
Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, “Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan ku biarkan kau seperti ini isteriku.”
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT
adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA
adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA
pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA
adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!…

SEKADAR MENUNGAN...

Baru-baru ini aku menerima kiriman email daripada seorang rakanku. Setelah difikir-fikirkan... akhirnya aku rasa ada baiknya kalau ia dipaparkan dalam bloggku ini. Hal ini kerana ia sedikit sebanyak menyentuh tentang kejadian makhluk Tuhan di atas muka bumi ini (?). Versi asal email itu dalam Bahasa Inggeris... Berikut adalah emailnya;
Pada suatu ketika dahulu tatkala Tuhan menjadikan seekor kaldai, berkatalah Tuhan kepada kaldai itu, "Aku jadikan engkau sebagai seekor kaldai, engkau akan berkerja tanpa kenal erti penat dari terbit matahari sehingga terbenam matahari memikul beban di atas belakangmu. Rumput itu makananmu!. Engkau tidak memiliki kebijaksanaan dan engkau akan hidup selama 50 tahun." Maka kaldai itu menjawab, "Ya, aku akan hidup sebagai seekor kaldai, tetapi 50 tahun itu terlalu lama... Berilah aku cuma 20 tahun." Tuhan memperkenankan permintaannya.
Tuhan menjadikan pula seekor anjing. Dan berkata Tuhan kepada anjing itu, "Aku jadikan engkau sebagai seekor anjing, engkau akan menjadi pengawal rumah manusia. Engkau akan menjadi kawan rapat manusia. Engkau akan makan bahan sisa yang diberikan kepadamu, dan engkau akan hidup selama 30 tahun." Maka anjing itu menjawab, "Tuhan, hidup selama 30 tahun itu terlalu lama, berilah aku 15 tahun sahaja." Tuhan memperkenankan permintaan anjing itu.
Tuah mencipta pula seekor kera. Dan berkata Tuhan kepada kera itu, "Engkau aku jadikan sebagai seekor kera. Engkau akan berayun-ayun dari cabang pokok ke cabang pokok yang lain sambil membuat aksi yang melucukan. Engkau akan menghiburkan manusia, dan engkau akan hidup selama 20 tahun." Maka kera itu menjawab, "Hidup selama 20 tahun itu terlalu lama, berilah aku sekadar 10 tahun sahaja." Tuhan memakbulkan permintaan kera itu.
Akhirnya Tuhan mencipta manusia. Dan berkata Tuhan kepada manusia, "Aku jadikan engkau sebagai manusia. satu-satunya mahkluk yang paling bijak dia atas muka bumi ini. Engkau akan menggunakan kebijaksanaan engkau untuk menjadi jaguh antara semua haiwan. Engkau akan menguasai dunia ini dan Aku beri engkau hidup selama 20 tahun." Maka manusia itu menjawab, "Tuhan, aku terima kejadianku sebagai manusia. Tetapi, hidup selama 20 tahun terlalu singkat. Bagilah aku 30 tahun yang kaldai tak terima, 15 tahun yang anjing tak mahu, dan 10 tahun yang kera tak ingin." Tuhan memakbulkan juga permintaan manusia itu.
Justeru, sehingga sekarang manusia hidup sebagai manusia yang sebenar hanya selama 20 tahun sehinggalah berkeluarga. Selepas itu selama 30 tahun berikutya seperti seekor kaldai yang berkerja dan memikul segala bebanan di atas belakangnya. Apabila anak-anaknya meningkat dewasa, dia akan hidup selama 15 tahun berikutnya seperti seekor anjing menjaga rumah dan makan apa yang diberikan oleh mereka. Bila hidupnya sudah semakin tua, 10 tahun berikutnya dia akan menjadi persis seekor kera bertandang dari rumah ke rumah, dari rumah anak lelaki ke rumah anak perempuan membuat helah atau kelakar bagi menghiburkan cucu-cucunya.
Itulah kehidupan.... Fikir-fikirkan....

KOMEN MINDA TERKINI...

TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MENGUNJUNGI LAMAN INI...