Thursday, January 1, 2009

SEKADAR MENUNGAN...

Baru-baru ini aku menerima kiriman email daripada seorang rakanku. Setelah difikir-fikirkan... akhirnya aku rasa ada baiknya kalau ia dipaparkan dalam bloggku ini. Hal ini kerana ia sedikit sebanyak menyentuh tentang kejadian makhluk Tuhan di atas muka bumi ini (?). Versi asal email itu dalam Bahasa Inggeris... Berikut adalah emailnya;
Pada suatu ketika dahulu tatkala Tuhan menjadikan seekor kaldai, berkatalah Tuhan kepada kaldai itu, "Aku jadikan engkau sebagai seekor kaldai, engkau akan berkerja tanpa kenal erti penat dari terbit matahari sehingga terbenam matahari memikul beban di atas belakangmu. Rumput itu makananmu!. Engkau tidak memiliki kebijaksanaan dan engkau akan hidup selama 50 tahun." Maka kaldai itu menjawab, "Ya, aku akan hidup sebagai seekor kaldai, tetapi 50 tahun itu terlalu lama... Berilah aku cuma 20 tahun." Tuhan memperkenankan permintaannya.
Tuhan menjadikan pula seekor anjing. Dan berkata Tuhan kepada anjing itu, "Aku jadikan engkau sebagai seekor anjing, engkau akan menjadi pengawal rumah manusia. Engkau akan menjadi kawan rapat manusia. Engkau akan makan bahan sisa yang diberikan kepadamu, dan engkau akan hidup selama 30 tahun." Maka anjing itu menjawab, "Tuhan, hidup selama 30 tahun itu terlalu lama, berilah aku 15 tahun sahaja." Tuhan memperkenankan permintaan anjing itu.
Tuah mencipta pula seekor kera. Dan berkata Tuhan kepada kera itu, "Engkau aku jadikan sebagai seekor kera. Engkau akan berayun-ayun dari cabang pokok ke cabang pokok yang lain sambil membuat aksi yang melucukan. Engkau akan menghiburkan manusia, dan engkau akan hidup selama 20 tahun." Maka kera itu menjawab, "Hidup selama 20 tahun itu terlalu lama, berilah aku sekadar 10 tahun sahaja." Tuhan memakbulkan permintaan kera itu.
Akhirnya Tuhan mencipta manusia. Dan berkata Tuhan kepada manusia, "Aku jadikan engkau sebagai manusia. satu-satunya mahkluk yang paling bijak dia atas muka bumi ini. Engkau akan menggunakan kebijaksanaan engkau untuk menjadi jaguh antara semua haiwan. Engkau akan menguasai dunia ini dan Aku beri engkau hidup selama 20 tahun." Maka manusia itu menjawab, "Tuhan, aku terima kejadianku sebagai manusia. Tetapi, hidup selama 20 tahun terlalu singkat. Bagilah aku 30 tahun yang kaldai tak terima, 15 tahun yang anjing tak mahu, dan 10 tahun yang kera tak ingin." Tuhan memakbulkan juga permintaan manusia itu.
Justeru, sehingga sekarang manusia hidup sebagai manusia yang sebenar hanya selama 20 tahun sehinggalah berkeluarga. Selepas itu selama 30 tahun berikutya seperti seekor kaldai yang berkerja dan memikul segala bebanan di atas belakangnya. Apabila anak-anaknya meningkat dewasa, dia akan hidup selama 15 tahun berikutnya seperti seekor anjing menjaga rumah dan makan apa yang diberikan oleh mereka. Bila hidupnya sudah semakin tua, 10 tahun berikutnya dia akan menjadi persis seekor kera bertandang dari rumah ke rumah, dari rumah anak lelaki ke rumah anak perempuan membuat helah atau kelakar bagi menghiburkan cucu-cucunya.
Itulah kehidupan.... Fikir-fikirkan....

13 comments:

  1. Autofresh selang 3 minit mungkin bagus untuk capaian lain yang tersenarai dalam blog anda namun ianya mengganggu cubaan untuk meninggalkan ulasan terhadap blog Lantera Minda.

    Setiap kali autofresh berlaku, apa jua catatan yang belum selesai akan hilang tanpa jejak.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Sdr.Najib. atas komen saudara saya dah disablekan aoturefresh tu... Sila lah berikan komen anda... terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas tindakan segera saudara, hanya kerana ulasan pendek saya.

    Apa yang ingin saya perkatakan merujuk kepada menungan berkaitan keldai, anjing, kera dan manusia.

    Sebagai sebuah cerita, boleh jadi menarik untuk dibaca.
    Sebagai satu jenaka memang boleh membuat kita sekurang-kurangnya senyum.
    Sebagai pengajaran, maksud cerita boleh digunakan untuk kita mengelak dari kehidupan-kehidupan setara keldai, anjing dan kera agar kita hidup benar-benar sebagai manusia.

    Namun saya berpandangan, kita perlu berhati-hati, terutamanya apabila membuat terjemahan dari sesuatu bahan berbahasa inggeris. Kita perlu lebih berhati-hati sekiranya penulis bahan berbahasa inggeris itu bukan orang Islam kerana budaya hasil tulisan itu juga akan mengikut terjemahan yang dibuat.

    Cerita di atas jelas sebuah cerita rekaan. Dibuat sebegitu rupa supaya dapat menarik perhatian pembaca dan mencuit hati pembaca. Dari satu sudut ia juga boleh jadi lucu.

    Apa pula yang tidak kena? Agak ketara dengan pemerhatian teliti. Keseluruhan cerita telah menceritakan satu siri kejadian yang tidak pernah berlaku tetapi dikatakan telah dilakukan oleh Tuhan, sehingga menjadikan manusia hari ini sebegini rupa.

    Cerita diatas meletakkan Tuhan sebagai apa? Jenaka? Penulisan berbahasa inggeris yang kebanyakan memang ditulis oleh orang bukan islam memang biasa mempersendakan apa sahaja. Pada mereka itu hanya sebahagian hasil kerja kreatif. Mungkin ugama mereka juga tidak melarang dan ramai pula antara mereka mengaku tidak menganuti sebarang ugama.

    Namun bagi umat Islam, kita berbuat sesuatu mengikut adab-adab tertentu. Kita menilai berpandukan susunan wajib, sunat, harus dan haram.

    Kita marah sehingga berdemonstrasi apabila satu pihak melukis karikatur yang dikatakan melambangkan Junjungan Besar kita kerana kita katakan itu mempersendakan Pemimpin Agung kita.

    Biarkanlah mereka menulis segala persendaan terhadap tuhan mereka. Namun bagi kita, kita janganlah mengikuti cara mereka kerana apabila kita menyebut Tuhan, kita yakin bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah.

    ReplyDelete
  4. Emm.. terima kasih atas komen saudara itu.. Pada peringkat awalnya memang saya agak berkeberatan nak mengemukakan bahan tersebut.. Tetapi setelah beberapa kali difikirkan, saya memilih untuk mengemukakannya kerana... di sana memang ada manusia yang sebegitu sifatnya... tamak, hamba kepada anak-anak, berkerja sehingga tidak tahu batas sempadannya, dan sebagainya. Justeru cerita dongeng tersebut berkemungkinan akan dapat meyedarkan kita semua agar jadilah manusia yang sebenarnya serta bersederhana dalam semua perkara keduniaan... Wallahu 'Alam...

    ReplyDelete
  5. Memang tidak boleh disangkal akan kebenaran dan perkaitan cerita dongeng itu dengan kehidupan manusia. Jika diteliti kita sebenarnya boleh nampak ada yang lebih teruk dari itu.

    Saya hanya mengatakan, kita tidak layak meletakkan Tuhan kita sebagai satu watak dalam sebuah cerita dongeng. Dan kata-kata saya tidak semestinya benar, hanya saya menganggap ianya benar.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    Lets reconsider this from another point of view. Hopefully we will be better off at the end of this discussion.

    Remember, not so many months ago when Muslim from the world over, strongly demonstrated their feeling of anger. The time when we were asked to boycott anything that come from or related to the Dutch.

    Of course we can remember that. The demonstration results after a caricature, portrayed in a publication, implying our RASUL, SALLALLAH HUALAIHI WASALLAM. Were you angry then?

    I was. Yes I was angry, in fact very angry, especially when the publisher insist they did nothing wrong still, even after the whole Muslim world cried foul.

    I know for a fact illustrating our RASUL, SALLALLAH HUALAIHI WASALLAM, is not allowed, in fact totally not allowed, HARAM. Not just should not and could not but HARAM. But of course we cannot expect the non-Muslim to readily accept that as for them, even illustrations of god are totally acceptable.

    Lets look at the word illustration. Illustration would normally be understood as drawing. Yet the word could also mean something that is written not just drawn. For many people, as they read, their mind would picture and further illustrate.

    If we get angry, very angry, when someone illustrate our RASUL, SALLALLAH HUALAIHI WASALLAM, wrongly, should we not be angrier when someone else illustrate ALLAH, SUBHANAALLAHU WA TAALA, wrongly.

    Earlier today, I had the opportunity of discussing the above and how it is related to your cerita dongeng. The discussion took place at a foyer of a mosque in Shah Alam. I was with someone whom I believe has a much better understanding of the intricacies of this matter.

    I described to him your cerita dongeng and the first thing that came off his mouth was MASYAALLAH. Followed by TAK BOLEH TU. Then he agreed with me that we Muslim, can only say that ALLAH, SUBHANAALLAHU WA TAALA SAID (appropriately berFIRMAN, in our language) something, when we quote HIS HOLY VERSES from THE AL-QURAN.

    Saying that ALLAH, SUBHANAALLAHU WA TAALA, said anything else is totally forbidden. Thus we were always reminded to recite THE HOLY AL-QURAN correctly lest saying something wrongly and giving the HOLY VERSES a wrong or even contradicting the actual meaning.

    That is saying that ALLAH, SUBHANAALLAHU WA TAALA, SAID something HE did not SAY. Something we Muslim should not do even if it is termed as 'Sekadar Menungan' as we still get angry when they draw the caricature and termed it as 'Satire'

    Please accept my apology if I am wrong in pushing this idea to you. I meant well, for us all, Muslim.

    Thank you.

    ReplyDelete
  7. Salam... terima kasih atas kesudian berdiskusi dalam soal ini ... Saya akui kenyataan sdr itu benar. Sebelum cerita dongeng itu dikemukakan dan dialih bahasa, saya cukup teliti jika saya ada menulis perkataan Allah S.W.T. dan saya teliti semula selepas membaca komen terkini saudara itu... Ternyata saya tidak menggunakannya...
    Beginilah sdr., jika kita melihat dunia ini melalui satu perspektif, dan perspektif itu adalah perspektif Islam yang kta anuti... saya fikir cerita itu lain versinya dsb. Tetapi di sekeliling kita ada pelbagai perspektif lain yang lebih dominan daripada perpektif kita... Dan ini adalah sebahagaiannya.
    Saya tak kata perspektif itu mesti betul... tetapi perspektif sebegitu memang wujud sebenarnya... Ini melibatkan perspektif fahaman dan agama-agama lain (?)... Begitulah pandangan mereka tentang kejadian yang berlaku dalam alam semesta ciptaan 'Tuhan' kata mereka.
    Namun, tidak salah pada hemat saya mengetahui sebahagian daripada apa yang mereka ada, sekadar melihat bagaimana mereka melihat dari tingkap pemikiran mereka tentang beberapa kejadian di atas muka bumi ini. Justeru kita bandingkan dengan Islam serta kefahaman tentaang Islam yang kita anuti...
    Walaupun cerita dongenng itu dinukilkan dalam bentuk yang sebegitu, secara peribadi saya berpendapat ada beberapa elemen dalam cerita itu dapat menyentuh minda saya bahawa...dalam perpektif mereka pun mereka tahu bahawa manusia itu memang tamak(sebagai contoh)... tidak berasa puas dengan apa yang dikurniakan kepadanya. Dalam kes ini, Al Quran ada menyebut bahawa semasa manusia ini diciptakan oleh Allah S.W.T. untuk menjadi khalifah di muka bumi, manusia menyanggupinya walaupun gunung,bukit hancur lantaran ketidak sanggupan tanggungjawab itu... Malaikat pun mempersoal perkara itu kerana manusia adalah golongan yang akan menumpahkan darah dsb... Wallahu 'Alam
    Jika sdr cuba mengaitkan penyiaran cerita dongeng itu sama dengan kartunis Denmark menyiarkan sifat fizikal Rasulullah S.A.W.... saya fikir keterlaluan...
    Apa yang saya lakukan hanya sekadar 'meminjam' pandangan mereka tentang sedikit fenomena kejadian makhluk di atas muka bumi ini...
    Saya tidak nampak eleman syirik... menafikan kekuasaan Allah S.W.T. Malah dalam perspektif mereka, mereka tahu Tuhan mereka itu berkuasa menjadikan makhluk dan boleh pula menentukan had umur sesuatu makhluk dan tuhan mereka itu berupaya pula memakbulkan permintaan mereka...
    Kesimpulannya, bagi kita agama kita dan bagi mereka agama mereka... Tetapi tidak menjadi satu kesalahan jika kita mengetahui apa yang mereka faham tetang perspektif (agama dsb) mereka jika ada manfaatnya...
    Terserah kepada sdr untuk melihat sama ada ada atau tidak manfaat yang tersirat dalam cerita dongeng itu... Jika tidak menjadi kesusahan kepada saudara, forwardkan cerita itu kepada ustaz untuk dinilai bersama...Wallahu 'Alam
    Sekian terima kasih...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum

    Mungkin ada baiknya saya menjelaskan satu persatu maksud ulasan saya agar ianya tidak terlalu panjang, mudah difahami dan tidak disalaherti.

    Memang saudara tidak menggunakan perkataan Allah S.W.T dalam cerita dongeng terjemahan saudara dan saya tidak mengatakan saudara menggunakan perkataan tersebut.

    Persoalan yang amat mengganggu saya, wajarkah kita sebagai Muslim, menulis suatu cerita, menggunakan Tuhan sebagai salah satu dari watak cerita dan Tuhan yang kita maksudkan dalam cerita tulisan kita bukannya ALLAH, SUBHANAALLAHU WA TAALA.

    Dalam ulasan saudara yang terkini, saudara mengakui kebenaran kenyataan saya namun saya tidak dapat mengenalpasti, kenyataan saya yang mana yang saudara akui kebenarannya.

    Saya akan menyambung ulasan saya pada kelapangan lain, Insyaallah.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum

    Memang tidak salah kita 'mengetahui' sebahagian daripada apa yang mereka ada, sekadar melihat bagaimana mereka melihat dari tingkap pemikiran mereka tentang beberapa kejadian di atas muka bumi ini.

    Persoalan yang mengganggu saya bukan pada peringkat mengetahui. Terjemahan cerita dongeng yang saudara paparkan bukan pada tahap mengetahui tetapi 'menggunakan'.

    Wajarkah kita menggunakan cara dan perspektif mereka yang hanya bersandarkan moral dan norma sosial sedangkan sepatutnya kita berbuat sesuatu dengan bersandarkan akhlak Muslim dan panduan syariah.

    Saya akan menyambung ulasan saya pada kelapangan lain, Insyaallah.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum

    AL-QURAN ada menyebut sejarah kejadian manusia dan pelbagai lagi sejarah yang wajarnya menjadi panduan kita, Muslim.

    Cerita dongeng terjemahan saudara menyebut berhubung kejadian manusia dan kesannya kepada kehidupan manusia sehingga kini.

    Sudah pastinya kedua-dua catatan ini tidak setaraf. Pastinya yang tersebut dalam AL-QURAN adalah apa yang sebenarnya berlaku. Kita bukan sekadar wajar malah wajib belajar daripada NYA.

    Tiada pula silapnya kita belajar dari sesuatu cerita rekaan namun biarlah kita belajar dari cerita-cerita rekaan yang berwatakkan manusia, binatang dan apa pun makhluk lain.

    Bagi saudara yang berpengetahuan dan berpengalaman memang mudah membezakan antara yang nyata dan sebaliknya, namun apabila terjemahan sebegini dinilai oleh minda-minda muda, bukankah ianya boleh mendatangkan kekeliruan.

    Saya akan menyambung ulasan saya pada kelapangan lain.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum

    Saudara mengatakan saya keterlaluan apabila mengaitkan terjemahan cerita dongeng saudara dengan karikatur yang memaparkan sifat fizikal RASULULLAH SALLALLAH HUALAIHI WASALLAM.

    Saya percaya saudara berpandangan sedemikian kerana menilai kedua-dua, cerita dongeng dan karikatur, melalui perspektif perbezaan antara keduanya. Memang banyak perbezaannya dan berdasarkan perbezaan-perbezaan tersebut kita boleh mengambil pendirian bahawa kedua-duanya adalah sangat berbeza dan tidak boleh disamakan. Kedua-duanya tidak boleh di kategorikan dalam satu kumpulan.

    Saya memandang dari perspektif persamaannya. Persamaan yang pada hemat saya sudah memadai untuk meletakkan keduanya dalam kategori yang sama. Walaupun mungkin persamaannya hanya satu, tetapi yang satu ini melibatkan soal yang amat berat.

    Persamaan yang saya maksudkan adalah di mana kedua-duanya menggambarkan atau menceritakan perkara yang tidak benar. Tidak wajar, pada pandangan saya, kita sebagai Muslim memaparkan sesuatu yang tidak benar, samaada dari sudut sifat fizikal atau perbuatan dan perlakuan, kedua-dua RASULULLAH SALLALLAH HUALAIHI WASALLAM dan ALLAH, SUBHANAALLAHU WA TAALA.

    Saya akan menyambung ulasan saya pada kelapangan yang lain, Insyaallah.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum

    Bagi kita agama kita dan bagi mereka agama mereka. Tepat sekali dan biarkanlah mereka belajar dan berseloka dengan cara mereka.

    Memang mereka sering bertindak berdasarkan fahaman 'matlamat menghalalkan cara'. Asal sahaja matlamatnya baik, cara apa pun boleh dilakukan.

    Namun itulah kekurangan mereka berbanding kita. Kemenangan Islam antaranya terletak pada kehalusan dalam perlaksanaannya.

    Walau bagaimana suci niat dan matlamatnya, jalan ke arah mencapainya tidak boleh dicemari oleh sebarang unsur yang bercanggah atau tidak dibenarkan oleh Islam. Kemuliaan Islam itu lengkap, bukan sahaja pada niat dan matlamat tetapi juga setiap langkah yang dilalui dan setiap hasil yang dicapai.

    Insyaallah, saya akan menyambung ulasan saya pada kelapangan yang lain.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. salam,
    izinkan saya menyelit untuk memberikan sedikit cetusan...pada sepengetahuan saya terhadap artikel yang telah diterjemahkan oleh lentera minda adalah seperti berikut;

    1. saya kira tidak ada mana-mana nas naqli yang menceritakan akan hal yang diperbincangkan. kemungkinan besar ianya adalah nukil daripada manusiawi yang ingin menghancurkan sistem kepercayaan umat Islam. tidak mustahil juga ianya dinukilkan oleh scholar2 israeliyyat mahupun orientalis yang tujuannya adalah satu iaitu untuk melihat kehancuran sistem keyakinan umat Islam terhadap Penciptanya. tak ubah seperti teori darwin yang ternyata songsang.

    2. namun, saya juga tidak berprejudis terhadap naiwaitu lentera minda yang memuatkan artikel kiriman temannya itu untuk dimuatkan di dalam blognya. saya kira, apa yang digusarkan oleh sdr najib milatu itu ada asasnya, namun kita juga harus berlapang dada dan tenang bila menerima sesuatu berita sama ada berita itu besifat baik mahupun sebaliknya. Allah menciptakan akal manusia itu cukup mulia dan sempurna dalam menjustifikasikan sesuatu berita, lebih-lebih lagi akal umat Islam yang dipandu oleh sumber2 naqli yang penu mukjizat. firman Allah yang bermaksud: wahai orang2 yang beriman, apabila datang kepada kamu khabar berita maka hendaklah kamu selidiki dahulu...agar kamu tidak menyesal kemudian hari.

    3. saranan saya ialah agar di selidik dahulu pangkal artikel itu datang...tidak ada faedahnya kita berdebat dalam pekara yang sia2 sedangkan faedahnya hanyalah sedikit cuma.

    namun, pada dasarnya sya tidak mengatakan "tidak boleh" artikel itu dimuatkan di dalam blog sbb mungkin ia dijadikan bahan bacaan...setelah itu, buatlah revision sendiri berlandaskan akal yang Allah kurniakan...mohon bantuan Allah kiranya apa yg sy perkatakan tadi benar maka syukur, sekiranya silap sy mohon ampun drp Nya...

    ReplyDelete

Jika ada kelapangan masa, sila tinggalkan comment konstruktif anda di sini, terima kasih.

KOMEN MINDA TERKINI...

TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MENGUNJUNGI LAMAN INI...