Showing posts with label Belasungkawa. Show all posts
Showing posts with label Belasungkawa. Show all posts

Saturday, January 10, 2009

KESEMPATAN YANG SEKELUMIT...

Sejak tahun masihi 2009 menjelang dan sejak sesi persekolahan baru bermula terasa benar hambatan masa membelengguku... Senario itu ditambah lagi dengan kekalutan di sekolah dengan pelaksanaan p&pnya... Justeru, masa senggangku juga untuk mencatat sesuatu dalam blogg ini juga kian terbatas.
Cuma, lewat malam ini aku ruangkan waktu untuk mencatat sesuatu untuk kita fikirkan bersama... Kalau-kalau ada baiknya. Lewat petang tapi aku dihkhabarkan lagi dengan berita yang mengejutkan... Seorang jiranku.. sebaya aku.. telah kembali ke rahmatullah... Sakitnya asma... Alhamdulillah kira-kira jam 6.30 petang tadi aku sempat menziarahi Allahyarham di Klinik Kemsyarakatan Tanjong Malim...
Aku jadi insaf... betapa usia sebaya aku ini kini adalah usia yang sangat 'rapuh'. Beberapa berita kematian sejak akhir-akhir ini dalam lingkungan usia 40-an inilah. Kita ini... kalaupun dilihat sangat hebat, anggun, berpengaruh, popular, dihormati dan disayangi, hanya sementara nyawa dikandung badan. Setelah nyawa meninggalkan kita, tinggallah sekujur badan yang kaku sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi... menunggu dimandikan, dikapankan, disembahyangkan, ditalkinkan dan dikebumikan! Tinggallah segala-galanya melainkan amal ibadah serta amal-amal jariah, ilmu-ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan doa-doa anak-anak yang soleh...
Aku menjadi betul-betul insaf... jika aku yang berada di tempat itu! Amalku? Oh... sangat merisaukan... Tapi, waktu itu sudah tidak ada lagi gunanya sesalan... Kita tidak tahu bila tibanya giliran kita itu... Esok, lusa, tulat dan seterusnya... Betullah kata Herman Tino dalam lagunya... "Mati adalah pasti.. hidup, Insya Allah"...
Semoga Allah S.W.T. menempatkan Allahyarham Nik Ahmad Iskandar di sisi insan yang beriman dan bertaqwa... Amin.. (Foto: Hanya hiasan)

Friday, November 28, 2008

Alfatihah... Dato' Razali Ismail

Ada dua sebab kenapa aku menulis dalam blog ini atas kepergian Ke Rahmatullah Dato' Razali Ismail.

Pertama, sebagai kakitangan KPM (kat sekolah lah..) seharusnya berasa sesuatu apabila orang nombor dua kementerian meninggal dunia. Apatah lagi beliau sememangnya berjiwa pendidik. baru-baru ini aku sempat melihat beliau di Dewan Rakyat menjawab soalan pihak pembangkang tentang PPSMI.... Cara beliau berhujah memang jelas wacananya... mempertahankan setiap dasar KPM sehingga titisan darah yang terakhir..

Kedua, Allahyarham adalah mahaguru aku di MP Kuala Terengganu, Batu Rakit pada tahun 1990. Di MPKTBR kami panggil Tn.Hj.Razali... Sebenarnya agak lama aku baru dapat mengecam Allahyarham lebih-lebih lagi setelah bergelar Timbalan Menteri Pelajaran kerana dulu di maktab penampilannya agak berbeza... Cuma suaranya sahaja yang mengingatkan aku terhadap Allahyarham. Almaklumlah Allahyarham tidak mengajar aku secara khusus.. tapi Allahyarham pernah mengajar kelas KPLI 3 tentang kemahiran bercerita... Dengan sebuah kompang Allahyarham mendendangkan ceritanya... Beliau seorang yang peramah... periang...

Semoga Allahyarham akan ditempatkan di sisi insan yang beriman. Amin
(terima kasih kepada Alias Haron @ Alias Acai kerana mengconfirmkan aku tentang maklumat Allahyarham Dato' Haji Razali Ismail ini...)
Maklumat lanjut sila ke Malaysiakini.Com

KOMEN MINDA TERKINI...

TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MENGUNJUNGI LAMAN INI...