Pepatah ada menyebut, sekeping gambar boleh menjelaskan lebih seribu perkataan. Lebih kurang begitulah. Inikan pula lima keping gambar yang sangat menyayat hati ini. Kisah seorang anak yang sempat menghadap ibunya yang sakaratul maut akibat cedera parah angkara bedilan senjata askar zionist Israel. Akhirnya si ibu itu menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan si anak itu...
Itu hanya secebis kisah yang sempat diabadikan melalui lensa kamera seorang jurugambar. Selain daripada itu, ribuan lagi episod tragis seperti itu yang sempat dan tidak disempat diabadikan dalam apa juga dokumen yang ada bagi menjelaskan kepada seluruh dunia betapa rakusnya tentera zionis itu!
Bagi si anak itu, apa lagi nilai hidup yang tersisa? Untuk mengecap erti kebahagian pada bilah-bilah hari yang mendatang seakan sirna... Justeru kita percaya bahawa selepas itu ia akan menyerahkan bulat-bulat hidupnya untuk menuntut bela bagi setiap titis darah ibunya yang gugur menyimbah bumi Gaza itu... Mungkin itulah satu-satu tekadnya... Syahid!
Kita, bagaimana? Sekadar berbahas di parlimen menyatakan usul demi usul mengkritik kekejaman Israel tanpa ada resolusi tuntas? Pada hemat saya, memboikot segala produk Yahudi perlu dilaksanakan secara komprehensif! Jika seluruh dunia Islam dan bukan Islam (yang membenci kezaliman Israel) bersatu dalam usaha ini, lambat laun kesannya akan mereka rasai.
Sesungguhnya, jika kita hanya kurang makan kerana kesukaran memilih makanan, atau kita kurang selesa hidup lantaran sukarnya mencari keperluan yang tidak dihasilkan oleh Yahudi... ternyata masih jauh lebih senang berbanding dengan kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Palestin yang tidak punya apa-apa untuk terus bernyawa! Shukran...
No comments:
Post a Comment
Jika ada kelapangan masa, sila tinggalkan comment konstruktif anda di sini, terima kasih.