Saturday, January 31, 2009

ADA JUGAK YANG BERHATI MANUSIA


Dalam memperkatakan kekejaman Israel membantai dan membunuh warga Palestin di Gaza, terdapat pula segelintir rakyat Israel yang melihat ketidakwajaran yang sedang dilakukan oleh pemimpin negaranya. Yonatan Schapira, bekas kapten tentera udara Israel yang sedang berusaha melaksanakan kempen menghentikan penindasan terhadap rakyat Palestine.
Yonatan antara lain mengkritik tindakan gila kepimpin negaranya kerana membunuh insan yang tidak berdosa di Gaza. Sepatutnya Israel berasa malu dengan tindakan yang tidak bertamadun tersebut. Malah beliau menyeru seluruh penduduk dunia agar menyahut seruan ribuan demonstrasi jalanan di Tel Aviv, Jurusalem dan banyak lagi agar berusaha memberhentikan tindakan kejam tersebut.
Namun, jauh di sudut hatiku... sedikit sinis dengan kenyataan ini... Benarkah apa yang dinyatakan itu? Ataupun sekadar menutup perasaan marah dunia terhadap Israel... sekadar menyiram sedikit air ke atas api yang sedang marak?

KALAU YAHUDI TU YAHUDI GAK....


Kita pernah dengar sebelum ini bahawa, Israel tetap menyalahkan Hamas dalam peperangan selama 22 hari di Gaza. Inilah antara buktinya... Perez kata mereka tidak sentuh Gaza, mereka tidak serang Gaza.. Hamas lah yang melakukan!! Aku meluat sangat kat Simonkey Perez nih....
Apa yang paling aku geram, menurut Perez, banyak negara Arab yang menyokong Israel dalam kempennya menetang Hamaz di Gaza... Apalah nak jadi negara-negara umat Islam ni... sebab perbezaan fahaman politik, lupa langsung tentang isu kemanusiaan yang diperjudikan... Inilah yang Rasulullah S.A.W. sabdakan..... Umat Islam reamai tapi macam buih!!

BRAVO TURKISH PM!


Setelah meneliti pelbagai sumber, semuanya membuat ulasan yang sama... Satu tindakan berani PM Turki, Erdogan semasa persidangan ekonomi di Davos. Beliau yakin dengan apa yang telah beliau lakuakan dan seterusnya meninggalkan majlis forum tersebut setelah beliau disekat daripada bercakap tentang kezaliman Israel di Gaza.
Aku tabik spring kat PM Recep Tayyip Erdogan ni... aku rating tindakan beliau itu sedikit bawah dengan tindakan Muntadhar El-Zeidi yang membaling kasutnya terhadap George Bush! Semoga selepas ini lebih ramai pemimpin dunia lebih berani menzahirkan kemarahannya terhadap Israel!

MASIH PASAL MPV PROTON...


http://paultan.org/archives/2008/08/02/proton-mpv-exclusive-initial-details-revealed/
Haha... aku obses sangat pasal MPV Proton nih...Taklah aku tahu pasal apa... Tapi mungikin sebab terlalu lama sangat menunggu... Bukan nak beli... tapi teruja nak tengok! Tahu-tahu je lah trend rakyat Malaysia sekarang ni suka dengan kenderaan MPV... Bila Toyota Avanza keluar... ramai orang tangkap... NAZA Citra, Grand Livina... Sekarang dah akan ada lagi yang keluar... Aku dengar Toyota PASSO plak... Dan, Perodua pun nak keluar MPV... Bagi aku, kalau apa pun aku nak tengok sangat MPV keluaran Malaysia nih..tak kisah Proton ke... Perodua ke...
Sepapatutnya bila keluar kemudian ni... designnya lebih mengancam kerana boleh tengok platform mana yang digunakan berdasarkan model-model yang laris kat pasaran berserta anggaran harga yang bersesuaian dengan kemampuan daya beli rakyat Malaysia.

Wednesday, January 28, 2009

MPV PROTON?








Inilah rupa kenderaan pelbagai guna (MPV) keluaran terbaru Proton yang bakal dilancarkan pada April ini. Ia memaparkan reka bentuk menarik dan pasti mendapat sambutan baik daripada rakyat Malaysia kelak.
Model terbaru Proton ini yang gambarnya mula tersebar dalam Internet sejak seminggu lalu boleh memuatkan sekurang-kurangnya tujuh orang penumpang dan menggunakan enjin Campro 1.8 liter serta disasarkan pada harga sekitar RM80,000 sebuah. - Utusan
------------------
Teruja gak aku tengok gambar model MPV Proton yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia khususnya yang berkeluarga besar. Dengan spec yang 'dihuraikan' oleh paultan (http://paultan.org/topics/proton-mpv-2009/) ditambah dengan harga yang sebegitu, kira ok lah...
Dalam minda aku sekarang ni... dalam tempoh setahun dua ni nampaknya kereta 5 tempat duduk memang dah tak sesuai lagi... Dengan lima orang anak + ibu + ayah = 7 orang, memang bersiku-siku anak-anak aku kat belakang... Dan, Insya Allah dengan bertambah seorang lagi ahli keluarga yang baru dalam tempoh terdekat ini... Aku kena cari MPV atau van jer.... hehehe...
Aku nampak beberapa model, Toyota Avanza, Toyota Innova dan Nissan Grand Livina. Antara tiga model tu.. aku nampak Toyota Innova nampak lebih selesa, tapi harganya pulak mencecah 100k!
Dan, bila model Proton MPV ni dipaparkan dalam Utusan Malaysia hari ini, hatiku sangat teruja... Tapi, selagi tak tengok yang real, masih 50-50... Dan, aku tak terfikir untuk berkejar-kejar ke showroom Proton bila launching pada April nanti... Biasalah kereta Proton nih... orang kata jangan beli yang first batch... Banyak masalah katanya... Macam Gen-2. Entahlah mungkin ada benarnya... Kalau tak betul, tak kan orang kata.
Tapi, Alhamdulillah setakat ni aku berpuas hati dengan kereta Waja 1.6 (Manual) yang aku beli tahun 2003. Tak banyak masalah besar... Mungkinkah aku dalam kelompok pengguna kereta Proton yang bernasib baik? Setakat ni aku tak pernah guna kereta bukan Proton (patriotik lah konon) ... Alah, baru dua je pun.. Proton Saga Magma (1988) kereta pertamaku... Ialah, orang tak berapa beruang ni... tak payahlah nak tukar-tukar kereta selalu! Ni pun nak tukar ke MPV sebab bala tentera dah semakin ramai....
Hmmm... tengoklah nanti macam mana...
[Kemaskini] Mengikut maklumat yang aku dapat dari seorang kawan, semasa mpv ni dipandu uji... katanya kuat makan minyak! Haha... betul ke atau ada unsur sabotaj?... Lu pikirlah sendiri!

Tuesday, January 27, 2009

AH... PAMAN AKU!

Sedang aku melayari laman-laman alternatif bagi mencari berita-berita terkini di sebalik berita-berita arus perdana yang hanya menyiarkan apa yang tersurat, aku terkejut dengan paparan wajah ini! (http://alhusseyn51.blogspot.com/) Aku macam kenal sangat! Tapi nama yang tertera pada sebelah atas gambar, binnya lain... Bila habis saja gambar itu scroled up tertera nama Ahmad bin Wardi! Sahlah tu paman aku! Wah dah jadi Ketua Kampung Rapat Jaya! Tahniah dan syabas! Sebagai ponaannya, aku banggalah dengan paman aku ni...
Paman aku ni aku panggil Paman Rin, adik sebelah emak aku. Kalau ikut susunan, beliau anak yang keempat. Beliau pernah menjadi PPH Komando 69 sebelum berhenti dan join syarikat swasta. Masa aku duduk kat rumah arwah embah aku, beliau mula join PDRM. Training kat PULAPOL. Tak banyak lah kisah yang aku boleh cerita tentang paman aku ni... Tapi bila dia sesekali balik kampung, cerita-ceritanya tentang dunia kepolisan sangat mengujakan aku dan sepupuku (Ahmad Nor Komar aka Zin, kini mengajar di Ipoh gak). Pendek kata banyaklah soalan-soalan yang menyentuh tugasnya sebagai polis!
Semasa di Rapat Jaya, aku tahu beliau aktif dalam PAS. Ialah orang kerja swasta, tak macam orang kerja gomen! Bila sesekali jumpa banyak isu kami bincang terutama isu-isu politik semasa tanah air.
Satu yang aku respect kat paman aku ni, anak-anaknya masya Allah... berjaya-berjaya belaka! Sampai aku tak tahu ke mana-mana anak-anaknya tu belajar... Wal hal aku tengok paman aku dan bibik Ros bukannya lapang sangat masanya... Kerja office hour.. Tapi itulah kalau anak memang jenis berdisiplin dan dengar cakap emak bapak, memang menjadi...
Apa-apa pun aku nak ucapkan tahniah sekali lagi kat Paman Rin aku ni.... Semoga dapat menjalankan tugas dengan jayanya... Amin.

Sunday, January 25, 2009

BARRACK HUSSEIN OBAMA: TERSEPIT DI CELAHAN RUNTUHAN TAMADUN TINGGALAN BUSH

WASHINGTON - Akhirnya Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) baru - yang ke-44 dan yang pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam sambil berazam untuk menerokai hubungan baru dengan dunia Islam. "Kita telah memilih harapan di sebalik kebimbangan, perpaduan yang bertujuan di sebalik konflik," kata beliau dalam ucapan sulungnya sejurus selepas mencipta sejarah sebagai Presiden yang baru bagi AS. "Bermula hari ini kita perlu bangkit, membuang yang keruh dan kembali bekerja untuk membina semula Amerika," kata Presiden berusia 47 tahun, dari parti Demokrat, di hadapan rakyatnya yang masih bimbang dengan kesan kemelesetan ekonomi paling teruk sejak 1930-an.
Malah, ucapannya juga menyampaikan mesej yang jelas kepada dunia dan negara-negara Islam selepas diselubungi pelbagai persepsi negatif sejak 11 September 2001 di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush. "Amerika merupakan rakan kepada setiap negara dan setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang inginkan masa depan yang aman dan bermaruah, dan di mana kami bersedia untuk menerajuinya sekali lagi. "Kepada dunia Islam, kita harus menerokai perjalanan baru berdasarkan kepentingan bersama dan penghormatan bersama," kata beliau sambil menekankan, "ia tidak diberikan tetapi harus diperoleh."
Bagaimanapun Obama memberi amran bahawa Washington akan berhadapan dengan mana-mana pihak yang menggunakan "keganasan" dan memenggal mereka yang tidak berdosa tanpa sebarang kompromi. "Kepada dunia Islam, kami inginkan satu arah tuju yang baru," kata Obama lagi. Malah dalam ucapannya itu, Obama juga bertekad untuk menangani krisis ekonomi dan kesan peperangan di dua negara, yang secara langsung menjejaskan imej Washington di kaca mata dunia.
Obama yang dipilih sebagai Presiden AS pada 4 November lalu menyempurnakan upacara itu kira-kira 1.06 pagi (waktu Malaysia) di hadapan Ketua Hakim John Roberts. Obama merupakan Presiden AS yang kelima paling muda dan beliau menggantikan Bush. Sebelum giliran Obama angkat sumpah, bekas Senator Delaware Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden yang baru di hadapan Hakim John Paul Stevens. Terdahulu kedua-dua Obama dan Bush tiba di bangunan Capitol - lokasi angkat sumpah dari White House menggunakan kenderaan rasmi yang sama.
http://pahangdaily.blogspot.com/2009/01/semasa-global-presiden-barrack-hussein.html

-----------------------
Aku agak lewat menyatakan pendapat peribadiku terhadap presiden AS yang ke-44 ini. Ini kerana aku ingin melihat dalam tempoh yang terdekat ini, apakah perubahan segera yang mampu belia lakukan dalam menangani pelbagai masalah yang ditinggalkan oleh Bush. Sinar positif pertama yang aku nampak ialah menandatangani arahan eksekutif untuk menutup kem tahanan di Teluk Guantanamo. Beliau mengarahkan Israel agar membuka pintu ke Gaza bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan ke situ...
Namun aku rasa agak terlalu awal untuk memberi kredit yang berlebihan kepada Barrack Hussein Obama ini, kerana aku teringat kata Tukar Tiub, Obama dan Bush umpama Coca Cola dan Pepsi Cola... Nama sahaja yang lain, tetapi hakikatnya sama...

Friday, January 23, 2009

KESAN BOIKOT SUDAH TERASA?

Tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang telah mewarwarkan kempen boikot barangan tertentu yang dikaitkan dengan kekejaman ke atas penduduk Gaza.
Radio IKIM pagi ini menyebut bahawa Duta Amerika ke Malaysia menyatakan perdagangan dua hala Malaysia Amerika yang tinggi perlu dikekalkan.Ucapan sebegini diertikan sebagai feedback peringkat satu mengenai kesan yang mungkin sudah dirasai oleh pihak mereka kerana kempen boikot tersebut.
Boikot adalah strategi pyschology war yang boleh memberi kesan negatif kepada pihak musuh.Namun untuk memberi kesan positif kepada diri kita dan ekonomi kita, kita perlu cepat bertindak ke peringkat kedua.Ekonomi kita mesti cepat memberi alternatif kepada perkara yang diboikot. Inilah masa untuk kita membina self contained ekonomi atau self independent ekonomi. Iniliah kesempatan kepada kita untuk berjimat cermat kerana kebiasaan barangan berjenama yang diboikot tergolong dalam kategori mahal dan mewah, ia bukan jenis keperluan asas.
Inilah juga kesempatan bagi kumpulan kempen berhenti atau taknak ROKOK. Rata rata rokok adalah dikeluarkan syarikat yang disenaraikan boikot. Henti membeli rokok memberi kesan serampang 3 mata, berjimat, jaga kesihatan dan boikot.Boikot bukan semata mata barang berjenama. Inilah peluang untuk kita menggalakkan penggunaan dan pengeluaran barangan tempatan seperti sayur, beras, daging, buah-buahan, ikan, telur, ayam dan sebagainya. Inilah peluang untuk mengurangkan import barangan makanan yang dianggar bernilai RM11billion setahun.
Persatuan semua harus bekerjasama dan mengambil kesempatan ini menegakkan agenda mereka.PPIM ha rus kembali kepada perjuangan mereka. Persatuan peniaga dan pengilang, pengeluar tempatan harus menguatkan peranan mereka sekarang. Keluar lebih banyak alternatif barangan tempatan. Persatuan Kontraktor harus mencari pendekatan innovatif dengan mengeluarkan produk,bahan dan mesin pembinaan tempatan. Tingkatkan kempen cipta, keluar, guna dan beli barangan tempatan. Gemblengkan semua usaha. Inilah peluang!!!
------------------
Jika benarlah apa yang diramalkan dalam artikel di atas, syukur Alhamdulillah. Walau bagaimanapun aku harap lepas ini akan ada figures yang lebih berkredibel bagi menyokong kenyataan di atas. Sekurang-kurangnya ia menjadi signal penting kepada AS agar lebih adil dalam menangani masalah yang melinbatkan umat Islam di Palestine.

KOMEN MINDA TERKINI...

TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MENGUNJUNGI LAMAN INI...