Tuesday, June 2, 2009

TAK BERTANDING PUN NGAKU KUAT?

DUN Penanti: Undi PKR merosot tanda BN masih punyai kekuatan
PUTRAJAYA 1 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti semalam menunjukkan Barisan Nasional (BN) masih mempunyai kekuatan setelah undi yang diperoleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) merosot teruk.
Menurutnya, peratus keluar mengundi yang rendah dan terburuk dalam sejarah pilihan raya negara juga menandakan rakyat membuat protes dan sudah bosan dengan permainan politik pakatan pembangkang.
''PKR janganlah kata mereka hebat sangat, sepatutnya dengan BN tidak bertanding, parti pembangkang itu mampu mendapat undi yang lebih besar daripada wakil rakyat sebelum ini.
''Secara tidak langsung sebenarnya BN mempunyai kekuatan, cumanya kita tidak bertanding," katanya pada sidang akhbar ketika melakukan lawatan ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini hari ini.
Pilihan Raya Kecil DUN Penanti mencatatkan sejarah peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah pilihan raya negara apabila hanya 46.15 peratus atau 7,100 daripada 15,384 pemilih berdaftar keluar mengundi.
Walaupun calon PKR, Dr. Mansor Othman hanya bertanding dengan tiga calon Bebas yang lain, beliau cuma mampu memperoleh undi sebanyak 6,052 sahaja.
Jumlah itu berkurangan sebanyak 1,294 berbanding undi yang diperoleh oleh calon PKR, Mohammad Fairus Khairuddin pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu iaitu 7,346 undi.
Sekutu pakatan pembangkang iaitu Pas sebelum ini turut melahirkan rasa tidak senang dengan cara peletakan jawatan Mohammad Fairus sehingga menyebabkan satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, rakyat menunjukkan tanda protes mereka kerana perbuatan PKR memaksa diadakan satu lagi pilihan raya kecil adalah perbuatan yang tidak demokratik.
Kata beliau, keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan bahawa rakyat tidak suka dipermainkan dengan sistem demokrasi yang ditafsirkan sendiri oleh pihak pembangkang.
''Jadi petandanya ialah jumlah yang keluar mengundi merosot," katanya.
---------------------------------
Bila orang kata TPM kita ni tak bijak, mulanya aku tak bagi komen apa-apa. Aku masih respect lagi sebab orang UMNO dah pilih dia jadi Timbalan Presiden dan akhirnya jadi TPM. Tapi bila dia komen pasal PRK DUN Penanti (kat atas tu...) memang tersangatlah tak bijaknya dia ni... Bukan post TPM dia kena jaga kredibitinya malah Meneteri Pelajaran sekali tau...
Sebagai Menteri Pelajaran, dia menjadi perhatian para cikgu pada setiap patah bicaranya... Tau-tau je lah cikgu-cikgu la ni, kritis dan analitis orangnya... Macam mana boleh claim BN masih kuat sedangkan tak bertanding? Patutnya kena respect para pengundi DUN Penanti sebab mereka menunaikan tanggungjawabnya untuk keluar mengundi walaupun persaingan tak hebat, malah dianggap pilihanraya paling aman dalam sejarah negara! Sepatutnya dia Kena acknowledge perkara yang berlaku... bukan menyebut perkara yang tidak wujud. Kalau macam tu, semua orang boleh kata macam-macam!
Sepatutnya kena minta maaf kat pengundi BN kat Penanti sebab tak letak calon.. kalau BN letak calon... ada kemungkinan boleh menang.
Jangan lah pulak ulas inilah sejarah pilihanraya terburuk dalam sejarah negara! Kalau persaingan tak seimbang orang nak mengundi pun tak seronok. Ini biasa berlaku sewaktu BN dalam status sangat kuat pada suatu ketika dulu... Bila berlaku by election kat Kedah (contohnya), para pengundi yang duduk luar Kedah, termasuk KL... tak payah lah balik mengundi... gerenti BN menang punya!
Dalam kes di Penanti, macam itulah realitinya... Bila BN tak letak calon, Dr.Mansor sebelah kaki dah menang masa hari penamaan calon lagi! Selebihnya tunggu masa hari pengundian...
Seperkara lagi TPM nih melihat PRK DUN Penanti macam penganalisis BBC ker... CNN ker... tentang keputusan PRK tersebut. Seolah-olah tak ada kaitan dengan keputusan yang paling pengecut kerana tidak bertanding dalam PRK tersebut. Sesekali macam cerita Si Luncai pun ada... sangat gembira sebab peratus pengundi turun paling sedikit.... Undi terhadap calon PKR merosot... tetapi hakikatya, yang menang tetap pihak lawan....

No comments:

Post a Comment

Jika ada kelapangan masa, sila tinggalkan comment konstruktif anda di sini, terima kasih.

KOMEN MINDA TERKINI...

TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MENGUNJUNGI LAMAN INI...