Monday, February 2, 2009

POLITIK MALAYSIANA: AH MERIMASKAN !

Meneliti politik tanah air sejak dua menjak ini sangat merimaskan... Bermula dengan PRK Kuala Terengganu, kocakkan permukaan senario politik di Malaysia ini telah kelihatan keluarbiasaanya. Ialah, bukan senang bagi parti yang memerintah negara mengalami dua kekalahan PRK terus menerus! Reputasinya kian goyah apabila ADUN Bota pula melompat ke PKR! Serba serbi dilihat tidak kena dan menampakkan kebobrokan parti pemerintah itu sejelas-jelasnya.
Isu politik dalaman dalam parti komponen BN juga kelihatannya tidak begitu sihat. Menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada Mac ini, yang bersifat keperibadian kekadang menjadi tidak ketahuan apabila pada masa yang sama perlu menyumbangkan ketaatsetiaan kepada parti serta 'musuh' yang sedang dan akan dikalahkan dalam pemilihan pucuk pimpinan tersebut.
Pergolakan UMNO Perak umpamanya sudah tidak boleh disorokkan lagi apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri pula meletakkan jawatan atas kebertanggungjawaban beliau terhadap prestasi hambar UMNO dan BN dalam PRU12 serta tindakan DUN Bota yang melompat itu (pemangkin). Dan, apabila TPM dan Menteri di JPM dilantik menjadi pemangku pengerusi dan timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, bagaikan satu usaha 'hidup atau mati' untuk memulihkan imej UMNO Perak.
Aku melihat tindakan dua orang ADUN PKR, Behrang (gambar) dan Changkat Jering yang menghilangkan diri atau bersembunyi itu pun ada kaitan sangat dengan usaha 'memulihkan' imej UMNO Perak. Mengikut percaturannya apabila kedua-dua orang ini menerima tawaran lumayan untuk melompat parti dengan sendirinya slim majority menjadi semakin kecil.. Dan jika ADUN Bota yang melompat itu kembali menyertai UMNO, UMNO kembali menguasai tampuk pemerintahan di Perak. Apa yang paling membanggakan UMNO ialah, hanya seorang MCA sahaja dalam kelompok wakil rakyat DUNnya!
Langkah seterusnya, kedua-dua 'orang hilang' mengisytiharkan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas! Langkah terakhir sebelum menyertai BN semula! Nampaknya langkah tersebut tersangkut, kerana baru mereka ingat sewaktu mengangkat sumpah menjadi ADUN mac tahun lepas ada surat aku janji yang menyatakan jika mana-mana ADUN melompat ke BN, mereka akan mengosongkan kerusi DUN secara automatik! Lebih menakutkan lagi, apabila mana-mana ahli DUN atau MP yang mengosongkan kerusi mereka dilarang pula bertanding sekurang-kurangnya sepenggal!
Status quo itu menyebabkan pihak yang cuba memancing dua ADUN itu pening lalat! untuk mengadakan PRK dalam tempoh terdekat dan setelah kalah dalam dua pusingan yang terdahulu... besar risikonya! Bagi Pakatan Rakyat, itu lebih adil jika dibandingkan dengan semudah-mudahnya melompat parti!
Apabila kedua-dua ADUN itu terasa serba serbi tidak menajdi, beliau mengeluarkan kenyataan, mereka masih lagi ADUN PKR! Dan, akan melantik peguam bagi mencabar kesahihan arahan pengosongan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering itu seperti yang diumumkan oleh Tuan Speaker DUN Perak....(http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/02/02/15010/)
Hahaha... selaku salah seorang pengundi di DUN Behrang, adakan PRK pun ada bagusnya... Berapa juta pulak peruntukan akan turun ke DUN Behrang... Aku dengar sekolah memang tak cukup di sini... Terutamanya sekolah menengah... Banyak kali aku dengar SMK Khir Johari akan dapat bangunan tambahan, tapi sampai la ni.. tak nampak habuk pun... Dulu masa di bawah BN (MIC) dah janji nak tolong usahakan... hampeh! Jadi, kalau PRK jadilah kat DUN Behrang ni... peruntukan terus lulus.. dah terus bina... dan terus siap!! Ok gak tu... Aku kesian sangat kat bebudak sekolah tu... banyak kelas yang terapung-apung!!
Apa-apa pun kita lihat rentak dan tarinya dua YB yang dah kepanasan ponggong nih... Bak main chess, dia dah beberap kali check kat King... Tapi masih belum check mate lagi lah... Kita tunggu sapa yang kena......

1 comment:

  1. Seorang pemimpin nak cover malu dek tahi yang terpalit di pantai timur sehingga sebuah negeri bakal bergolak.

    Kenapa harga maruah seorang wakil rakyat sangat murah? Mereka tak fikir halal haram ke? Amanah pengundi yang diberikan, tak takut balasan dunia dan akhirat ke?

    Semua watak dalam sitcom ini adalah Melayu beragama Islam.

    Sungguh memalukan!

    Short Talk

    ReplyDelete

Jika ada kelapangan masa, sila tinggalkan comment konstruktif anda di sini, terima kasih.

KOMEN MINDA TERKINI...

TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MENGUNJUNGI LAMAN INI...