Senario politik di negeri Perak ketika ini amat menggugah ketenangan minda para pemerhati politik dan para poltikus sendiri. Aku secara personal sekaki-kali tidak pernah mengaharapkan pilihan raya kecil (PRK) di DUN Behrang di mana aku adalah seorang daripada pengundi berdaftar di sini. Ini kerana kita semua tahu harga yang perlu dibayar untuk mengendalikan PRK bukannya kecil! Ditambah pula suasana ekonomi yang tidak sihat lantaran pertumbuhan ekonomi sejagat yang kian menguncup selepas lima enam dekad yang lalu kata para penganalisis ekonomi makro.
Justeru, adalah baik jika wang rakyat ini diarahkan kepada usaha bagi menangani kegawatan ekonomi yang bakal melihat jutaan rakyat kehilangan mata pencarian, pendapatan perkapita yang semakin merudum serta jurang kemiskinan yang semakin melebar. Kita tidak boleh menipu rakyat pada setiap masa bahawa fundemental ekonomi kita yang masih utuh, ribuan peluang pekerjaan sedang menanti para pencari pekerjaa, sedangkan di negara-negara luar bank-bank gergasi serta syarikat-syarikat besar tumbang satu persatu lantaran tidak boleh menyerap beban kerugian walaupun setelah diberi 'nyawa' oleh kerajaan masing-masing!
Tetapi setelah melihat senario politik yang semakin menjadi wabak, apabila yang kalah tidak penah belajar erti kekalahan lantas menyusun satu demi satu agenda bagi mengusahakan agar 'kemenangan' akhirnya diperolehi, maka wang ringgitlah senjatanya! Betullah ada yang mengatakan wang tidak boleh membeli segalanya, namun wang boleh terlebih dahulu membeli manusia yang korup! Jika seseorang itu mempunyai keperibadian yang rapuh, memang wang boleh membeli seluruh jiwa raganya...
Dalam konteks senario politik di Perak, walau daripada sudut manapun tindakan dua orang oportunis politik yang telah dipilih oleh rakyat menghilangkan diri sehingga menyebabkan kegawatan politik berlaku sangat menyedihkan. Prinsip hijrah (lompat lah... bagi sedap sikit!) ke parti lain jika atas prinsip yang lebih baik... aku boleh terima. Umpamanya ADUN Bota yang berhijrah ke PR, atas prinsip bahawa "itu adalah kehendak majoriti pengundi di DUN Bota" mungkin ada benarnya. Ini kerana semua dah tahu bahwa dalam parti yang disertainya dulu itu memang penuh dengan gejala rasuah! Sehingga kini masih banyak lagi kes-kes rasuah yang belum selesai dan ditambah pula dengan kes-kes yang sedang dicungkil satu persatu... Dan yang paling menggemparkan ialah Timbalan Presidenya (bakal Presiden bulan mac ini (?)) turut dilaporkan secara bersumpah bahawa ada menawarkan RM50 juta bagi membeli ADUN PR selepas 8 Mac 2008. Hehe... aku lantas teringat gurauan nakal yang aku pernah dengar sebelum ini , jika sesuatu organisasi itu dianggotai para penyamun, maka orang yang paling layak memimpin organisasi itu adalah orang yang paling hebat menyamun...
Tapi, hijrah yang dua orang ini atas prinsip apa? Nak wang yang banyak... jaminan tidak akan dihumban ke penjara lantara pertuduhan kes rasuah yang bakal menjerat mereka. Jadi, kudis yang dua ini berkira-kira hendak menyelesaikan masalahnya dengan berhijrah ke kem lain yang boleh menyelesaikan masalah mereka lah... Begitu simplistik sekali! Ini sekali lagi membuktikan bahawa wang boleh membeli jiwa yang rapuh dan tidak banyak berfikir alias dungu dan bebal! Bila ada apa-apa dokumen yang menguntungkan, terus saja di sign...
Jadi, dua orang badut politik ini kini terperangkap lah... sehingga menyebabkan berkemungkinan besar PRK perlu diadakan di kedua-dua DUN! Aku tak nak bicara peluang siapa yang lebih besar untuk memenangi kedua-dua DUN itu... Dalam politik ni macam-macam boleh terjadi... kalau dua orang itu sedar ini konsekuennya... tak ada pihak yang nak beli depa ni... Harap-harap jadi aset rupa-rupanya jadi liabiliti pulak kepada pihak yang memancingnya...
Nanti aku sambung....
Nanti aku sambung....
Sewaktu catatan ini disambung, SPR telah pun memutuskan tiada PRK kat Behrang dan Changkat Jering... Ini kerana keraguan timbul berkaitan dengan surat perletakan jawatan yang dihantar kepada speker DUN. Haha.. aku menarik sedikit nafas lega dengan keputusan itu. Namun, cakap-cakap politik tentunya belum ada noktahnya.. Masih ada lagi teori mengapa begitu dan begini... Pada pandangan aku, hal ini akan reda jika kedua-dua ADUN itu tidak berbuat sesuatu 'lubang' baru... Umpamanya melompat ke kem lain... Setakat ini kedua-dua ADUN mengatakan mereka masih ahli dan ADUN PKR. Oklah tu. Selesai maslah. Cuma PKR dan MB Perak kena teruskan siasatan dalaman dan tindakan disiplin yang sepatutnya perlu diambil bagi memberi teladan dan pengajaran untuk hari muka... Mana boleh dimaaf begitu sahaja kerana menggawatkan keadaan malah mempertaruhkan 'nyawa' sebuah kerajaan negeri.
Tentang desas-desus yang megatakan ada tangan yang mancampuri keputusan SPR bagi mengelakkan berlakunya PRK di kedua-dua DUN tu (http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/02/03/15168/), lantaran peluang yang masih samar-samar untuk menang rasanya perlu diteliti pulak statement SPR yang baru dikeluarkan tu... kalau rajin siasat lah. Aku rasa ok lah... Tapi kalau timbul cerita baru ADUN yang dua orang tu melompat ke kem lain, aku rasa surat aku janji tu boleh digunakan semula... dan kerusi di kedua-dua DUN akan kosong secara automatik... Dalam hal ini beberapa orang pakar undang-undang dalam dan luar negeri dah pun menyatakan, ia terpakai (http://anwaribrahimblog.com/2009/02/03/hard-for-pkr-duo-to-contest-resignations/).
Tentang desas-desus yang megatakan ada tangan yang mancampuri keputusan SPR bagi mengelakkan berlakunya PRK di kedua-dua DUN tu (http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/02/03/15168/), lantaran peluang yang masih samar-samar untuk menang rasanya perlu diteliti pulak statement SPR yang baru dikeluarkan tu... kalau rajin siasat lah. Aku rasa ok lah... Tapi kalau timbul cerita baru ADUN yang dua orang tu melompat ke kem lain, aku rasa surat aku janji tu boleh digunakan semula... dan kerusi di kedua-dua DUN akan kosong secara automatik... Dalam hal ini beberapa orang pakar undang-undang dalam dan luar negeri dah pun menyatakan, ia terpakai (http://anwaribrahimblog.com/2009/02/03/hard-for-pkr-duo-to-contest-resignations/).
Jika PR nak buat laporan polis tentang kehilangan ADUN selama lima hari tu, patut diteruskan. Tentunya banyak lagi yang tersirat di sebalik semua yang berlaku ini. malah seorang demi seorang membuka mulut bahwa pancing memancing ADUN ni memang wujud selepas PRU12. Alang-alang dah dijenamakan semula, apalagi bagi kerja sikit kat SPRM. Harap-harap betul-betul kerja lah... Jangan tutup sebelah mata pulak apabila ada kepentingan.
Oklah, pada hemat aku... biarlah jadi manusia yang teguh menjaga prinsip yang benar secara syarienya.. Kalau sedar prinsip yang dipegang tu tidak betul, baguslah kalau nak berhijrah... Cuma kalau nak berhijrah lantaran wang ringgit dan wanita, maka dapatlah apa yang dikehendakinya itu sahaja... lepas itu? Selain daripada itu aku menyeru seluruh rakyat Malaysia, bukalah mata hati... apa yang berlaku ini ada banyak pengajarannya... Bagi setengah pihak gejala rasuah ini sekadar kudis buta yang boleh diubati... tapi bagi sesetengah pihak yang lain... budaya itu dah jadi wabak... macam wabak denggi dan cikungunya! Kalau nak pulih pun mengambil masa yang lama... Justeru, di mana kita perlu berada.. Lagi bagus kalau kita berada di kelilingi oleh manusia yang memang benci rasuah. Rasanya besar mana pun peluang yang lalu di depan mata, azab di neraka walaupun tak rasa lagi... tak akan menyambarnya... Walla hu 'alam
Foto: Pekan Tg.Malim (Dalam DUN Behrang)
Foto: Pekan Tg.Malim (Dalam DUN Behrang)
Bismillahirrahmannirrahim
ReplyDeleteDisini adalah sekadar pandangan sepintas lalu saya, dan tentunya tertakluk pada apa yang terkandung didalam akta berkaitan pilihanraya. Persoalannya, apakah Pengerusi SPR dikehendaki mengadakan pilihanraya kecil? Apakah suatu pilihanraya hendaklah dibuat sebaik sahaja mendapat notis kekosongan kerusi dari speaker dewan undangan negeri? Pada pendapat saya (tertakluk kepada tafsiran sebenar yang Mahkamah akan tentukan jika dibawa ke Mahkamah), tafsiran sebegitu pada pendapat saya terlalu simple (daif) untuk diterima. Apakah, Pengerusi SPR tidak ada budibicara atau hak mentafsirkan apa itu `kerusi kosong’? Apakah hanya kerana speaker dewan undangan negeri menghantarkan notis ada kerusi kosong, maka kerusi tersebut dikira kosong dan pilihanraya kecil hendaklah dibuat? Perlu diingatkan bahawa piihanraya melibatkan perbelanjaan yang bukan sedikit dan tidak seharusnya dibuat sewenang-wenangnya kononya ada kerusi kosong. Apa istilah dan makna `kosong’ itu sendiri perlu difahamkan mengikut apa yang Mahkamah faham atau putuskan. Sesuatu istilah ‘kosong` tidak sepatutnya dalam hal ini dilihat secara literal (tersurat) tetapi secara tersirat juga. Maka pada pandangan sepintas lalu saya, `kosong’ hendaklah bermaksud, kerusi itu kosong akibat kematian wakil rakyat tersebut, atau disebabkan sabitan kesalahan jenayahnya atau menjadi orang muflis yang menghendaki mereka letak jawatan, atau sah mereka itu meletakkan jawatan. Mengatakan kerusi itu kosong berdasarkan mereka-mereka itu `hilang’ beberapa hari saja, pada saya suatu tafsiran yang kelakar (absurd). Perlu ingat bahawa Akta Tafsiran seksyen 17A menghendaki sesuatu tafsiran itu menggunakan pendekatan maksud (purposive approach) bukan sekadar maksud yang tersurat. Maka wajarkah kehilangan mereka beberapa hari dianggap sebagai wujudnya kekosongan kerusi? Notis speaker tidak sepatutnya diterima bulat-bulat, Pengerusi SPR perlu memastikan sebab kekosongan iaitu adakah sebab kematiannya, menjadi bankrap (muflis), disabitkan dengan bersabitnya pertuduhan kesalahannya (dipenjarakan), atau perletakkan jawatannya kerana sakit dan lain-lain lagi bukan sekadar hilang beberapa hari? Suatu surat kononya perletakkan jawatan yang ditandatangani March lalu (Mac 2008) bolehkah diterima pakai. jika ia, bila pula tarikh dan masanya, adakah pada bulan Mac 2008 atau bila-bila? Apakah perbuatan ini sah atau perletakkan mereka suatu paksaan? Apakah perletakkan jawatan secara paksaan boleh dianggap sah? Mahkamah perlu fikirkan samada mereka itu sebenarnya letak jawatan! sekian
Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang2, IIUM
3hb Februari 2009