Sunday, January 18, 2009

Dr.Mahathir gesa kerajaan berhenti beli senjata Amerika

18/01/2009 7:04pm
KUALA LUMPUR 18 Jan. — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa kerajaan berhenti membeli senjata dari Amerika Syarikat (AS), penyokong dan pelindung Israel.
Bekas perdana menteri itu berkata, rakyat perlu mendesak kerajaan berbuat demikian manakala badan bukan kerajaan (NGO) juga patut memainkan peranan mereka dengan meminta rakan mereka di negara lain turut berbuat demikian.
Beliau berkata keputusan itu, yang beliau sifatkan sebagai “soal kecil kepada AS”, tidak akan menjejaskan kuasa dunia itu dengan cepat tetapi untuk jangka panjang ia akan merasakan kesannya.
“Saya fikir pembelian yang besar secara terus dari AS ialah daripada pihak kerajaan sendiri. Kerajaan sekarang ini saya fikir mempunyai rancangan membeli pesawat yang baru.
“Kalau mereka beli dari AS secara langsung, mereka bekalkan wang kepada Amerika untuk mengeluarkan senjata untuk dibekalkan kepada Israel supaya bunuh orang Palestin. Sebab itu secara langsung kita tidak boleh beli apa yang kita tahu akan menguntungkan Amerika,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan NGO Malaysia di sini. - Bernama
--------------------------------
Aku setuju sangat dengan pandangan mantan Perdana Menteri keempat negara kita ni... Kita harus menamatkan apa juga bentuk pembelian dengan negara Uncle Sam nih... Walaupun nilai pembelian kita tidak lah sebesar negara-negara besar yang lain, tetapi yang penting ialah simbol protes ke atas sokongan dan dokongannya terhadap Israel yang seantero dunia tahu bahawa rejim zionist israel adalah penjenayah perang antarabangsa! Saban hari 'menyembelih' rakyat Palestin di Tebing Gaza. Sambil mengharap dan berdoa agar ada lagi negara-negara lain yang turut serta memboikot pembelian senjata dengan AS.
Begitu juga dengan kempen pemboikotan pembelian barangan keluaran negara AS yang ada hubungan dengan israel. Walaupun ada yang pesimis dengan tindakan ini, sesungguhnya inilah antara bentuk penentangan yang kita mampu lakukan atas nama kemanusiaan serta saudara seagama... Bak kata ungkapan bistari yang popular, "Bila tidak dapat buat semua, janganlah pula tinggal semua". Semoga tindakan kita itu menjadi saksi kepada Allah S.W.T. bahawa kita tidak redha dengan apa yang terjadi terhadap saudara seagama kita. Wallahu 'alam...

No comments:

Post a Comment

Jika ada kelapangan masa, sila tinggalkan comment konstruktif anda di sini, terima kasih.

KOMEN MINDA TERKINI...

TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MENGUNJUNGI LAMAN INI...