Friday, January 16, 2009

BRAVO MR. EVO MORALES...

Mindaku terlalu payah untuk dianjakkan daripada memperkatakan isu Gaza dan Palestine. Dengan jumlah melepasi 1000 angka korban dan sekitar 5,000 orang cedera di Gaza serta belasan ribu yang terpaksa menjadi pelarian, Israel sungguh tidak berperi kemanusiaan. Senang kata Israel berhati binatang!
Untuk menunggu tindakan negara-negara lain termasuk badan induk antarabangsa PBB berbuat sesuatu, persis menunggu buah yang tak jatuh. Kalau pun berbuat sesuatu, kita dah agak setakat mana pun! Cuma jauh di sudut hati, berharap dan berdoa agar Hamas masih belum menyerah kalah dan sedang mengumpul kekuatan baru (?) untuk menyerang balik tentera zionist Israel laknatullah itu!
Tiba-tiba sebuah negara Amerika Latin, Bolivia tanpil dengan kenyataan yang menggemparkan dunia dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel yang terjalin sejak 50 tahun! Apa yang dikata? Jika negara Bolivia, bukan negara umat Islam boleh membuat tindakan sedrastik itu apa yang boleh dilakukan oleh Mesir! Negara jiran yang bersebelahan dengan Gaza. Belum ada bukti yang kuat bahawa presiden Hosni Mobarak bebrbuat sesuatu yang boleh memuaskan kita semua. Malahan, dalam kebanyakan hal dilihat 'merestui' pula penggempuran Israel terhadap Gaza. Apa yang sepatutnya menajdi tamparan kepada pemimpin-pemimpin Arab yang nyenyak tidur itu ialah, pemimpin utama negara Bolivia itu melahirkan rasa hairan mengapa masih ada dalam kalangan negara-negara Arab yang masih mempunyai hubungan baik dengan Israel!
Inilah sejarah malang dan hitam yang sedang dilakar di atas peta sejarah dunia pada tahun 2009 ini! walau apa pun... Bravo Mr Evo Morales (gambar)! Andalah juara kemanusiaan sebenarnya... Berita terkini, tindakan Bolivia itu turut disertai pula oleh Venezuela, sebuah nagara Amerika Latin juga!!!

1 comment:

  1. Salam.

    Saya setuju dengan pendapat tuan.Situasi seperti mana yang berlaku sekarang ini di Palestin bagai mengiakan sebuah hadis Rasulullah jika tidak salah saya. Dimana sebuah hadis yang menggambarkan umat islam dizaman yang serba maju sekarang umpama buih di pesisiran pantai.Walaupun banyak tapi lemah seumpama sifat buih.Para pemimpin kita diam menikus bagaikan ada kepentingan.

    Saya tidak hairan jika Amerika atau negara-negara Eropah lainya merelakan tindakan Israel terhadap sebuah negara islam Palestin kerana mereka seperti mana kita sedia maklum adalah sekeluarga dalam keluarga kafir.Yang mana kita pun tahu musuh orang kafir adalah orang islam.

    Tapi yang kita hairan ialah bagaimana negara-negara arab lainnya boleh membiarkan ahli keluarga dan saudara mereka sendiri dibuli dan dianiaya sebegitu zalim?

    Dan yang lagi,lagi dan lagi menghairan kita ialah bagaimana sebuah negara bukan islam dengan berani tampil ke persada dunia lantang membela sebuah negara islam.Entahlah apa yang ada didalam hati dan jiwa para pepimpin kita sekarang.Tidak bergetar walaupun terusik?

    ReplyDelete

Jika ada kelapangan masa, sila tinggalkan comment konstruktif anda di sini, terima kasih.

KOMEN MINDA TERKINI...

TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MENGUNJUNGI LAMAN INI...