Friday, February 13, 2009

MASA YANG PANTAS BERLALU...

Hampir seminggu aku tidak berkelepangan untuk mencatat senario yang berlaku di sekelilingku, lantaran kelahiran 'putera'ku yang keenam pada Isnin, 9 Februari 2009, detik jam 12.21 petang. Walau apapun kesyukuran aku panjatkan kehadrat Ilahi lantaran tiada komplikasi yang dialami sepanjang proses mengenali alam fana yang penuh mehnah dan tribulasi ini... Bayi seberat 3.3 kg ini belum berdaftar lagi... Nama pun masih dalam 'incubator' .. tak cukup bilangan jam untuk di'pakaikan' kat tuan punya badan.. hehe..
Ternyata senario politik negeri Perak masih belum reda... Masing-masing punya justifikasi untuk terus tegak... barangkali menunggu sesuatu 'dalil' yang lebih mapan untuk dijadikan asas bagi pengunduran atau terus maju kehadapan. Malam tadi, semasa menghantar anak ke kelas tusyen UPSRnya, aku terdengar dalam radio IKIM.FM, Prof Abd Aziz Bari, tokoh perlembagaan negara berkata, beliau sendiripun tidak berani meramal apa yang akan berlaku selepas ini. Malah, beliau secara berseloroh mengatakan sepatutnya ia dipulangkan semula kepada para tokoh politik! Hal ini kerana kes yang berlaku ini tidak terdapat dalam perlembagaan dan Undang-Undang tubuh Negeri Perak. DS Nizar secara undang-undang ada asas untuk terus bertahan, tetapi undang-undang juga tidak 'menizinkan' Sultan Perak untuk diadili d mahkamah terbuka..
Kesimpulannya, menurut beliau, perlembagaan negara dan negeri seharusnya dimasyarakatkan. Ini kerana walau apapun, rakyat seluruh negara sedang menilai dan meneliti senario yang berlaku ini... dan lebih kurang empat tahu dari sekarang rakyat akan 'menghukum' mana-mana pihak yang dilihat tidak betul. Dan, aku fikir... demi mencari jalan yang benar dan adil.. seluruh DUN negeri Perak wajar dibubarkan bagi memberikan sekali lagi kuasa rakyat untuk memilih wakil-wakil mereka... Jika tidak, bukan masa depan politik dan ahli-ahli politik akan semakin bobrok pada pandangan rakyat, malah hubungan intersociety dan intrasociety juga akan mengalami kegawatan yang dahsyat!

No comments:

Post a Comment

Jika ada kelapangan masa, sila tinggalkan comment konstruktif anda di sini, terima kasih.

KOMEN MINDA TERKINI...

TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MENGUNJUNGI LAMAN INI...