Gabungan Pakatan Rakyat di Perak hanya menggunakan kuasa speaker Dewan Undangan Negeri untuk menggantung Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya.
Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menegaskan demikian dalam ucapan malam tadi di Felcra Serigala di Slim River yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, dan berhujah bahawa Pakatan kini telah melumpuhkan BN kerana gabungan itu menguasai 28 kerusi, berbanding 21 kerusi BN selepas penggantungan tersebut."
Ekoran itu, Pakatan adalah kerajaan untuk mentadbir Perak,katanya dalam laporan Harakahdaily hari ini.
"Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik.
"Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya," kata Nizar.
Felcra Serigala terletak dalam dewan undangan negeri Behrang, yang diwakili Jamaluddin Mohd Radzi yang keluar PR dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.
Mohd Nizar menegaskan bahawa beliau masih menjadi menteri besar yang sah yang dilantik oleh sultan.
"Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi," katanya yang merupakan Adun Pasir Panjang.
Mohd Nizar berkata jawatannya itu akan terbatal atau terlucut hanya melalui tiga cara iaitu, Perletakan jawatan secara sukarela, Pembubaran DUN dan Undi tidak percaya ke atas dirinya.
Beliau turut mencabar Umno untuk berhadapan dengan rakyat Perak melalui pilihan raya.
"Umno penakut. Takut kalah macam di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebab itu mereka rampas kuasa.
"Kami anak jantan, sangup berdepan dengan mereka dengan apa jua keadaan pun!" tegasnya.
Keluar rumah rasmi
Sementara itu di Ipoh, Bernama melaporkan, Mohd Nizar secara rasmi berpindah dari kediaman rasmi menteri besar hari ini.
Katanya beliau berpindah sebagai menghormati peraturan dan arahan Setiausaha Kerajaan negeri Perak dan bukan bermakna menyerah kalah kerana proses mahkamah masih berjalan dalam menentukan kedudukannya sebagai Menteri Besar yang sah.
Berucap di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari kediaman itu, Mohd Nizar berkata, Perak tidak lagi menjadi destinasi yang meyakinkan pelabur asing ekoran kemelut peralihan kuasa kerajaan negeri yang mencetuskan krisis perlembagaan.
Katanya, pelabur tidak yakin untuk datang ke Perak jika krisis perlembagaan yang berlaku itu dibiar berterusan.
Keadaan yang menjejaskan ekonomi dan pembangunan negeri itu tidak akan selesai selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubar dan rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan yang dikehendaki, katanya.
Foto ihsan: http://keadilangerik.blogspot.com/2009/02/terkini-foto-kunjungan-ds-nizar-di-slim.html-----------------------
Aku memang kewalahan mengurus masa yang ada. Justeru tidak sempat mengemaskini blog ini.. Buat ketika ini, aku paste bahan yang berkaitan dengan DUN Behrang... Aku terasa rugu sangat tak sempat mendengar sendiri ucapan MB Perak (yang sah) sewaktu ke Felcra Serigala dan lawatan singkat beliau ke Pasar Malam Tanjung Malim pada petang Sabtu disebabkan ada tugas lain di samping tertinggal maklumat... Daripada kawan-kawan yang pergi ucapan DSMNJ sangat hebat... Kawan aku kata, selama dia minat mendengar ceramah PAS (beliau bukan Melayu), inilah kali pertama orang Cina ramai datang termasuk golongan wanitanya! Katanya lagi kalau ada PRK sudah pasti BN tersungkur!
Sewaktu lawatan ke Pasar Malam Tg.Malim... percaya atau tdak.. ramai budak sekolah rakam guna hand phone!!
No comments:
Post a Comment
Jika ada kelapangan masa, sila tinggalkan comment konstruktif anda di sini, terima kasih.