Monday, June 1, 2009

46.15%: PROTES ATAU TIADA PILIHAN CALON?

Peratus undian Penanti catat rekod paling buruk
BUKIT MERTAJAM 31 Mei _ Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mencatatkan sejarah peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah pilihan raya negara apabila hanya 46.15 peratus atau 7,100 daripada 15,384 pemilih berdaftar keluar mengundi.
Walaupun calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman hanya bertanding dengan tiga calon Bebas yang lain, beliau hanya mampu memperoleh undi sebanyak 6,052 sahaja.
Jumlah itu berkurangan sebanyak 1,294 berbanding undi yang diperoleh oleh calon PKR Mohammad Fairus Khairuddin pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu iaitu 7,346 undi.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mengesahkan peratusan tersebut jauh lebih rendah dan rekod paling buruk dalam sejarah pilihan raya di negara ini.
Keputusan pilihan raya tersebut juga jelas menunjukkan sebahagian besar pengundi tidak mahu keluar mengundi kerana tidak bersetuju dengan cara pilihan raya itu diadakan hanya semata-mata kerana mahu menyelesaikan masalah dalaman PKR.
Tindakan Mohammad Fairus meletak jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu bagi membuka jalan kepada satu pilihan raya kecil juga dilihat sebagai satu ‘penyalahgunaan demokrasi’ secara terang-terangan oleh PKR selain membazirkan wang rakyat.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, peratusan yang kecil itu merupakan ‘protes’ yang jelas bahawa rakyat sudah muak dan tidak merestui permainan politik pembangkang yang hanya menyusahkan rakyat.
-----------------------------------
Terlebih dahulu, aku nak ucapkan tahniah kepada Dr.Mansor Othman kerana telah dipilih oleh rakyat Penanti dalam PRK yang dijalankan semalam.
Memanglah peratusan mengundi sebanyak 46.15 merupakan satu statistik yang sangat buruk. Ia dapat difahami sebagai satu keputusan yang tidak menggambarkan pemilihan rakyat di Penanti hatta kepada calon yang menang sekali pun. Dr Mansor Othman calon PKR yang diisytihar menang dalam PRK Penanti itu secara statistiknya hanya sekadar mendapat 39.34% undi daripada keseluruhan pengundi di DUN Penanti.
Walau bagaimanapun
pada pendapat saya, isu turnout yang rendah dalam konteks pilihanraya, hanya masalah teknikal sahaja. Kalau sorang pengundi sahaja keluar sekalipun, pilihan yang seorang itu dianggap menang. Jadi persoalan mengapa peratusan mengundi itu terlalu kecil di DUN Penanti?
Jawapannya, semua orang dah tahu. Apabila BN tidak meletakkan calon di PRK Penanti menyebabkan pengundi BN tak keluar mengundi. Kalau nak mengundi juga, pilihannya hanyalah kepada calon-calon bebas.
Keadaan itu juga menyebabkan pengundi PR yang melihat calon PKR memang akan menang dalam PRK itu tidak turun mengundi. Malas nak ke pusat-pusat pengundian kerana suasananya sudah tidak semeriah sebelum ini. Semenjak "Pondok Panas" tidak lagi dibenarkan untuk merayu undi...
Soal rakyat Penanti protes terhadap PRK Penanti kerana ia melibatkan masalah dalaman PKR... itu tidak ada bukti yang sahih. Kalaupun betul, ia melibatkan para pengundi BN dan UMNO lah! Sebab, itu yang memang digembar-gemburkan oleh PM. Jadi ia seakan satu skrip jawapan kepada apa-apa juga masalah atau kepincangan yang berlaku di PRK Penanti.
Sepatutnya, kita tidak boleh meletakkan apa-apa juga alasan untuk tidak bertanding pada mana-mana plihanraya. Tidak kiralah sama ada ia pilihanraya umum atau PRK. Bertanding untuk memastikan rakyat ada pilihan untuk memilih calon-calon yang difikirkan layak untuk menjadi wakil mereka di peringkat DUN. Memilih antara calon-calon yang terbaik... bukan sekadar calon tangkap muat atau calon-calon "recycle".
Umpamanya, Aminah Abdullah yang bertanding kerana hendak menjatuhkan calon PKR atau untuk mencalarkan imej PKR dengan isu beliau disogok untuk jawatan TKM1 dan wang tunai RM80 k. Sebaik sahaja hari penamaan calon sehinggalah akhirnya, beliau bersekongkol dengan media perdana negara bagi mengatakan bahawa wakil PKR tidak layak diberi undi. Maksudnya, " Mai, undilah saya... ". Apa isu besar "Minah wrong gang" nih dalam PRK ini? Proksi BN? Kalau menang aku cop sepuluh jari mesti akan join UMNO balik...
Dua orang lagi calon bebas? Hampeh! Ada yang tampal poster Calon Parlimen Bukit Gantang! Statu strategi politik yang sangat rendah nilainya. Dah terlebih print masa PRK Bukit Gantang, apa kata aku pi tanding plak kat Penanti? At least tak payah sibuk-sibuk nak catak poster lagi! Huahaha... mudahnya!
Seorang lagi... dia sedih kalah kat kampungnya sendiri... Kalah kat DUN Penanti tu tak kisahlah... nak test power kat kampung sendiri pun kalah! Ini pun mangkuk gak... pilihanraya bukan masa nak nilai sentimental value orang kampung kat kita... Kalau setakat nak pilih ketua kampung mungkin sesuai kot!
Kesimpulannya, tindakan BN tidak meletakkan calon di PRK DUN Penanti menjadikan calon PKR, satu-satunya calon yang selayaknya dipilih. Itupun kalau nak keluar mengundi lah... Untuk masa-masa akan datang baik buat pilihanraya secara online... Kalau tak ada internet kat rumah, Barung SPR kena sediakan kemudahan internet. Tak payah nak susah-susah guna skolah untuk dijadikan pusat pengundian. Petugas pilihanraya pun boleh diminimumkan...

No comments:

Post a Comment

Jika ada kelapangan masa, sila tinggalkan comment konstruktif anda di sini, terima kasih.

KOMEN MINDA TERKINI...

TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MENGUNJUNGI LAMAN INI...