Saturday, February 7, 2009

PERAK PASCA 6 FEBRUARI: MCA & MIC JADI BAHAN ARKIB?

Di saat orang Melayu di Perak melalui kemelut politik (UMNO) merampas secara tidak sah kerajaan PR dengan bantun Sultan Perak, agaknya ramai yang terlupa memikirkan masa depan MCA dan MIC Perak.

Kita tahu orang UMNO dengan lantang mengatakan MB Ir.Nizar adalah kuda tunggangan DAP dan PKR! Sememangnya, dilihat dari sudut manapun MB berada dalam kedaan tertekan kerana suara moniriti mengetuai suara majoriti... Tapi selama 11 bulan memerintah Darul Ridzuan, alhamdulillah biarpun payah tetapi masih gagah... Ertinya pihak DAP dan PKR menerima dengan taat setia undang-undang tubuh Negeri Perak yang mahukan MBnya Melayu dan Islam. Ditambah pula dengan nilai tambah keperibadian MB yang hebat. Boleh mengambil hati orang Cina dan India!

Tetapi, oleh sebab UMNO tidak senang dengan kemakmuran di bawah PR dan takut tak akan dapat memerintah negeri Perak selama-lamanya, maka kudeta dirancang dengan licik. Mengapa terdesak sangat? Kenapa sengketa dalam rumah tangga UMNO dibawa masuk dan mengganggu kedamaian yang sedang dinikmati dalam kerajaan PR? Cakap sajalah ADUN Bota yang melompat katak dua kali itu juga adalah sebahagian agenda UMNO untuk menyingkirkan DS Tajol Rosli kerana beliau adalah orang Paklah... Bila Tajol meletakkan jawatan, peluang terbuka luas untuk Najib ambil alih BN dan UMNO Perak!

Dan, seburuk-buruk perangai UMNO (demi ketuanan Melayunya yang kian pupus) ialah apabila tidak menoleh ke kanan dan ke kiri melihat rakan-rakan dalam BN semasa membuat grand design menjatuhkan kerajaan PR Perak! Sekarang apa kata MCA? Dalam ADUN BN yang memerintah secara haram dianggotai oleh 27 Melayu 1 Cina = 28 ADUN (BN) dan 2 Melayu, 1 Cina= 3 ADUN (Bebas). Oleh itu mana suara orang Cina dan India di Perak? Justeru barisan exco yang akan dilantik nanti sudah tentu kalau nak ambik kedua-dua ADUN kaum Cina itu, adalah dua orang. India, elek!

Agak-agak jika senario ini berterusan sehingga PRU Ke-13, ke arah mana politik orang Cina dan India di Perak? Adakah UMNO fikir orang Cina dan India di Perak akan duduk diam? Mereka kini berkira-kira untuk memberi sokongan dengan sebulatnya kepada PR kerana kedudukan kedua-dua kaum terbesar selepas Melayu di Malaysia ini dalam PR jauhhhh lebih baik! Iaitu Timbalan Menteri Besar, Speker Dewan dan Timbalan Speker Dewan! Kalau orang UMNO lepas ini akan memberikan tumpuan kepada kawasan orang Melayu... Jangan lupa, insiden 6 Februari ini akan menyebabkan orang Melayu semakin meluat dengan UMNO kerana para pemimpinnya pembawa wabak rasuah makam tertinggi! Justeru, segala insiden yang berlaku pada 6 Februari akan menjadi bukti selama-lamanya bahawa UMNO memang parti yang tidak boleh dipercayai!

Sama ada disedari atau tidak oleh UMNO Perak, senario yang berlaku ini sekali gus memberi nilai tambah keapda parti pembangkang (Sebab itulah Najib beria-ia menjalankan kudeta! Takut nak buat PRK atau PR DUN Perak!). PAS kini telah dilihat sebuah parti orang Islam yang kain mantap berpolitik, Kelantan adalah bahan buktinya! MB Perak yang ke-10, ikon pemimpin politik Islam masa kini! Mampu menjadi pemimpin yang dihormati dalam kalangan pelbagai kaum. MB Kedah juga sama, sedang mengurus negeri Jelapang Padi itu dengan pendekatan mesra rakyat (bukan kebas duit rakyat)... Khairi Jamaludin pernah mengakui bahawa kematanagan orang PAS berpolitik sebelum ini (Tak pastilah ikhlas atau tidak..) Kaedah MB Perak mengurus negeri Perak yang begitu sifat komposisi exco nya laksana menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak. Kini PAS telah mulai dilihat menjadi parti alternatif kepada UMNO yang semakin jelas menjadi pembelot bangsa dan agama!

DAP, pula dilihat menjadi alternatif kepada MCA yang semakin hilang suaranya dalam DUN Perak! PRU 12 telah membuktikan bahawa DAP telah menguasai 18 DUN! Dengan senario yang berlaku ini... nampaknya menjelang PRU 13, DAP akan semakin kukuh dan akan menyapu bersih kawasan DUN majoritinya para pengundi Cina! Sikap menerima dan memberi dalam isu perlantikan MB selepas PRU 12 membuktikan orang Cina dalam DAP telah lebih hormat dan patuh kepada Sultan! Bukan seperti sesetengah pemimpin UMNO yang menghasut sultan agar menerima pelan peralihan kuasa secara haram! Jadi, siapa penderhaka sebenar? Sangguh melibatkan sultan untuk mencapai legasi politik UMNO di Perak? Isu kemasukan ADUN Jelapang kedalam team BN bagi membentuk kerajaan haram itu, dilihat bukan mewakili kehendak pengundi di DUN tersebut. Malah ADUN tersebut nampak gila pangkat, lantaran hendakkan jawatan exco, diberi Timbalan Speker pun tak bersyukur...

PKR, walaupun dilihat parti yang sedikit goyah dalam Pakatan Rakyat.. namun, seperti yang saya sebut sebelum ini, rasuah dalam PKR masih berstatus kudis buta. Masih boleh diubati. Cuma apa yang perlu hanyalah "top overhaul"... Dua ekor katak yang baru melompat itu memang dah sekian lama dilihat menjadi pembawa kuman kudis buta itu... Macam itu nak dilantik menjadi MB semasa persaingan untuk jawatan tersebut pasca PRU 12? Walau bagaimanapun PKR kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat India. Beberapa tindakan PKR sebelum PRU 12, dilihat berjaya menawan hati kaum India, justeru kebanjiran kaum India dalam PKR sesuatu yang menakutkan MIC! Sebab itu Samy Vellu mintak IPF join MIC!

Justeru, macam mana agaknya survival BN Perak menjelang PRU 13?

No comments:

Post a Comment

Jika ada kelapangan masa, sila tinggalkan comment konstruktif anda di sini, terima kasih.

KOMEN MINDA TERKINI...

TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MENGUNJUNGI LAMAN INI...