(Buat anak-anak didik di tingkatan enam....)
Sendainya,
Kau tersadai jua akhirnya di daerah ini.
Sendainya,
Kau tersadai jua akhirnya di daerah ini.
Suatu masa dulu…
Suatu persinggahan yang tak terfikirkan
Suatu perhentian yang asing
Suatu persinggahan yang tak terfikirkan
Suatu perhentian yang asing
Kosong ,
Tanpa makna kepada diri jua aspirasi
Kau lalui jua
Bilah-bilah hari
Bersama tekad yang begitu rapuh
Datang dan pergi silih berganti
Bersama permisinya rerakan
Yang mungkin tidak betah pada ‘harapan kosong’
Atau pada rutin yang telah sekian lama menjengkelkan
Atau mungkin juga telah terpesona pada janji manis
Suatu daerah baru yang nyata lebih indah
Di sana ada cerita tentang
Diploma, pra diploma, sijil
Ataupun cerita tentang kuliah, tutorial, assingment
Ataupun sesekali cerita tentang PTPTN Yang masih belum kunjung tiba
Sesekali lintasan nakal
Mulai menguji jati diri
Menggugah niat kudus dan suci
Janji pada diri jua keluarga sesekali goyah
Justeru, datang ‘tangan-tangan’
Menarikmu dari alam realiti:
“Kejayaan mesti dicari sebelum gagal mencuri!”sebelum pintu kegagalan menelanmu!”
“Ketuklah pintu kejayaan semahu-mahumu
"Tinggi dan rendahnya nilai kejayaan itu,
bergantung pada mahal atau murahnya nilai pengorbananmu!”
Kini,
Kau berada di pertengahan perjalanan
Di suatu daerah yang kau kian sayangi
Kerana di sini telah menguntum bibit
Cinta pada indahnya kejayaan
Luhurnya persahabatan
Biarpun sesekali persaingan
Menggigit semangat, jua
Menyentap tekad yang kian mekar
Lantaran kau telah kenal
Indahnya kejayaan jua hodohnya kegagalan
Berkali-kali kau jatuh, namun kau bingkas bangun
Berlari mengerah kederat yang ada
Mendepani cabaran yang bakal tiba
Buat menyampaikannya ke pintu jaya bersama
Esok,
Usah gusar jua walang
Jika cintamu itu masih mekar dan semerbak mewangi
Ia tidak kan luntur walaupun
Sesekali ada wajah dan warna gagal berselindung di sebalik tirai fatamorgana
mengintaimu…
Jika pada tika-tikanya
Cintamu itu layu…
Sebelum kelopaknya luruh dan menghidu bumi
Muhasabahlah: Kau imbaulah kembali jejak-jejak perjalananmu itu
Nilai ringgit yang hangus
Nilai kederat yang lupus
Nilai waktu yang punah
Mudahan akan terhimpun kembali
Segala aroma wangi cintamu itu
Buat meneruskan pencarian
Sebutir permata di puncak menara!
Taman Bernam Baru
Tg.Malim.
12 April 2005
Bukan mudah merealisasi ilusi kepada realiti
Bukan senang menganyam fantasi bersulam fatamorgana..
No comments:
Post a Comment
Jika ada kelapangan masa, sila tinggalkan comment konstruktif anda di sini, terima kasih.