Friday, November 28, 2008

Alfatihah... Dato' Razali Ismail

Ada dua sebab kenapa aku menulis dalam blog ini atas kepergian Ke Rahmatullah Dato' Razali Ismail.

Pertama, sebagai kakitangan KPM (kat sekolah lah..) seharusnya berasa sesuatu apabila orang nombor dua kementerian meninggal dunia. Apatah lagi beliau sememangnya berjiwa pendidik. baru-baru ini aku sempat melihat beliau di Dewan Rakyat menjawab soalan pihak pembangkang tentang PPSMI.... Cara beliau berhujah memang jelas wacananya... mempertahankan setiap dasar KPM sehingga titisan darah yang terakhir..

Kedua, Allahyarham adalah mahaguru aku di MP Kuala Terengganu, Batu Rakit pada tahun 1990. Di MPKTBR kami panggil Tn.Hj.Razali... Sebenarnya agak lama aku baru dapat mengecam Allahyarham lebih-lebih lagi setelah bergelar Timbalan Menteri Pelajaran kerana dulu di maktab penampilannya agak berbeza... Cuma suaranya sahaja yang mengingatkan aku terhadap Allahyarham. Almaklumlah Allahyarham tidak mengajar aku secara khusus.. tapi Allahyarham pernah mengajar kelas KPLI 3 tentang kemahiran bercerita... Dengan sebuah kompang Allahyarham mendendangkan ceritanya... Beliau seorang yang peramah... periang...

Semoga Allahyarham akan ditempatkan di sisi insan yang beriman. Amin
(terima kasih kepada Alias Haron @ Alias Acai kerana mengconfirmkan aku tentang maklumat Allahyarham Dato' Haji Razali Ismail ini...)
Maklumat lanjut sila ke Malaysiakini.Com

Saturday, November 22, 2008

MEMBURU SEBUTIR MUTIARA DI PUNCAK MENARA

(Buat anak-anak didik di tingkatan enam....)

Sendainya,
Kau tersadai jua akhirnya di daerah ini.
Suatu masa dulu…
Suatu persinggahan yang tak terfikirkan
Suatu perhentian yang asing

Kosong ,
Tanpa makna kepada diri jua aspirasi
Kau lalui jua
Bilah-bilah hari
Bersama tekad yang begitu rapuh
Datang dan pergi silih berganti
Bersama permisinya rerakan
Yang mungkin tidak betah pada ‘harapan kosong’
Atau pada rutin yang telah sekian lama menjengkelkan
Atau mungkin juga telah terpesona pada janji manis
Suatu daerah baru yang nyata lebih indah

Di sana ada cerita tentang
Diploma, pra diploma, sijil
Ataupun cerita tentang kuliah, tutorial, assingment
Ataupun sesekali cerita tentang PTPTN Yang masih belum kunjung tiba

Sesekali lintasan nakal
Mulai menguji jati diri
Menggugah niat kudus dan suci
Janji pada diri jua keluarga sesekali goyah
Justeru, datang ‘tangan-tangan’
Menarikmu dari alam realiti:
“Kejayaan mesti dicari sebelum gagal mencuri!”sebelum pintu kegagalan menelanmu!”
“Ketuklah pintu kejayaan semahu-mahumu
"Tinggi dan rendahnya nilai kejayaan itu,
bergantung pada mahal atau murahnya nilai pengorbananmu!”

Kini,
Kau berada di pertengahan perjalanan
Di suatu daerah yang kau kian sayangi
Kerana di sini telah menguntum bibit
Cinta pada indahnya kejayaan
Luhurnya persahabatan
Biarpun sesekali persaingan
Menggigit semangat, jua
Menyentap tekad yang kian mekar
Lantaran kau telah kenal
Indahnya kejayaan jua hodohnya kegagalan
Berkali-kali kau jatuh, namun kau bingkas bangun
Berlari mengerah kederat yang ada
Mendepani cabaran yang bakal tiba
Buat menyampaikannya ke pintu jaya bersama


Esok,
Usah gusar jua walang
Jika cintamu itu masih mekar dan semerbak mewangi
Ia tidak kan luntur walaupun
Sesekali ada wajah dan warna gagal berselindung di sebalik tirai fatamorgana
mengintaimu…

Jika pada tika-tikanya
Cintamu itu layu…
Sebelum kelopaknya luruh dan menghidu bumi
Muhasabahlah: Kau imbaulah kembali jejak-jejak perjalananmu itu
Nilai ringgit yang hangus
Nilai kederat yang lupus
Nilai waktu yang punah
Mudahan akan terhimpun kembali
Segala aroma wangi cintamu itu
Buat meneruskan pencarian
Sebutir permata di puncak menara!

Taman Bernam Baru
Tg.Malim.
12 April 2005

Bukan mudah merealisasi ilusi kepada realiti

Bukan senang menganyam fantasi bersulam fatamorgana..

Wednesday, November 19, 2008

OH TEKNOLOGI ICT...

Termasuk Modem & Router Aztech yg terlekat kat dinding tu, dah tiga kali aku tukar benda yang sama sejak 3 tahun aku melanggan TM Net Strymex. Selepas DLink dan Palanex. Semuanya disebabkan mangsa serangan kilat. Almaklumlah di TM ni (terutamnya kawasan rumah yang aku duduk ni agak tinggi) serangan kilat agak kerap berlaku.
Kalau nak dikirakan nilai kerugian mencecah ribuan ringgit termasuklah merepair PC yg hangit serta... Hehe.. biasalah sambil repair up-grade sekali.. Namun, aku terasa sangat sekarang ni dunia aku dengan alam siber ni macam tak boleh dipisahkan... Kalau sesekali balik kampung umpamanya, selepas balik rumah jer.. aku berambat naik ke atas untuk chek pc aku.. kot lah tak berfungsi ker.. dan sebgainya. Selepas itu aku mulalah chek email dan melawat blog2 yang memang dah aku masukkan dalam favorite list.
Sementelahan pulak aku buat masa ni ada mengajar secara part-time kat sebuah IPTA... lecture seminggu sekali... susah nak manage masa... Justeru melalui YM umpamanya kami sering berkomunikasi... kalau nak bantu student pun sangatlah senang... sempat cari bahan dulu terus send kat depa... kalau nak antar draft assignment pun sangat senang...
Justeru aku tak nak komen apa-apa kalau aku terpaksa belanja 'besar' nak equip 'office' aku kat rumah ni dengan segala peralatan yang aku rasa perlu...

KOMEN MINDA TERKINI...

TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MENGUNJUNGI LAMAN INI...